Promosi Merdeka 3+ 1 di Impiana Hotel Ipoh , Perak

Sekarang ni rata rata antara kita senantiasa memerlukan percutian singkat. Dek kerana kehidupan yang semakin pantas , ada antara kita akan mudah tertekan... er , seperti aku ! Hahahaha.. Aku bukan tak leh nak pantas tapi aku tak suka nak pantas. Kena slow slow gitu. Bukan sebab faktor umur tapi sebab nak menhayati setiap saat tu dengan penuh keindahan. Ececece.. Alasan !!! 

Tak kisah la apa pun sebabnya... tapi kita perlu bercuti dalam sebulan sekali bersama yang tersayang. Tak payah pergi jauh jauh pun. Memadailah dengan tempat percutian berdekatan. Dan aku kali ni memilih Ipoh destinasi percutian singkat aku bersama keluarga. Kenapa Ipoh ? Ipoh ni ada banyak tempat menarik. Unik , klasik dan rare kata orang muda skang ni. Bagi yang kaki makan dan bergambar , banyak restoran dan cafe hipster ada di sini. Begitu juga lokasi untuk bergambar. Memang banyak laaaa.. Kena rajin search di internet. 

Hotel pilihan aku ialah Impiana Ipoh. Kenapa sini ? 

Gambar dari Facebook Page Impiana Hotel Ipoh

Sebab skang ni diorang ada buat promosi menarik sempena Bulan Kemerdekaan. Dari sarapan pagi , tengahari , Hi Tea dan juga makan malam yang pastinya berbaloi gitu. Harga memang tak garu kepala punya. Ditambah lagi Impiana Hotel ni mudah nak akses serta nak keluar ke mana mana saja ke sekitar bandaraya Ipoh dan parking percuma jer di sini.


Murah kan ?

Aku sekeluarga di sini cuma semalam jer. Wife tak dapat nak cuti lama lama sebab hal kerja. Apa nak buat kan ? Semalam pun pasti berbaloi jika benar benar dimanfaatkan. Jauhi gajet dan media sosial ! Haahaha.. kan kan ? 

Boleh tahan sibuk hotel ni. Tapi urusan nak check in memang mudah dan kakitangan hotel sangat membantu dan mesra.



Bilik aku , connecting room. Anak anak tidur bilik sebelah... Hee... Daddy nak rehat semalam yer. Tapi mana boleh kan ? Si Zahra camana pun nak gak kena bau ketiak aku, baru dapat tidur. Hahaha.. Maka ada dua katil la untuk percutian kali ni. 

Tilam dan bantal yang selesa sangat. Bilik yang bersih , luas. Tandas ada bathub. Alatan mandian aka toiletries disediakan untuk mereka yang memilih bilik cam aku ni. Heeee. Bilik lain , aku tak pasti. 






Untuk pengetahuan korang , Impiana Hotel Ipoh ni bukanlah hotel yang baru dibuat. Ianya hotel yang dah lama wujud dan mereka mengambil alih lalu membuat penjenamaan semula serta menaiktarafkan bilik bilik yang ada. Turut ada disini ialah wifi , kolam renang yang luas , bilik fitness , bilik untuk mengadakan mesyuarat , lounge , restoran dan bar.

Kolam renang pasti menawan hati si kecil. Bebas berenang dan menyelam. 

 Menjenguk dari atas. Tak sabar nak turun mandi kolam.



Anak mandi manda , daddy g gym jap. Aku tak risau sangat diorang mandi kolam sebab masing masing dah pakai jaket keselamatan Sauf.  Mak diorang pantau. Untuk kolam kanak kanak ni tak dalam pon. Paras peha Aariz jer.. 

Bilik Fitness tak besar. Peralatan ok cuma tak banyak. Masih dalam proses menambahbaik. Tapi bagi aku ok dah. Nak sado tu tak de la tapi kalau nak keluarkan peluh tu , ok dah ! 


Setengah jam bersenam. Anak anak pun dah siap mandi. Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Jap lagi nak turun makan malam. BBQ Dinner gitu ! Tertanya gak aku... sedapkah seperti yang dipromosikan di Facebook  Impiana Hotel Ipoh  dan juga Instagram mereka , ImpianaIpoh.

Jam 7 malam , makan malam dah disediakan. Aku turun untuk amik gambar dulu. 





Tidak terlalu banyak pilihan tapi yang pastinya , yang terhidang di atas meja dan di luar sangatlah menyelerakan dan pastinya mengenyangkan. Oh ya , di luar pun ada tau ! Yang dibakar , ada diluar. Panas panas gitu ! 

Amacam ? Yang pasti, mengenyangkan sangat sangat punya. 




Malam hari. Bagi yang kaki berjalan , ada banyak tempat boleh berjalan jalan di Ipoh ni. Kalau malas nak keluar , di Impiana Hotel ni ada Bistro. Boleh lepak main snooker atau layan bola di tv. Kalau malas gak , tidur wehhh ! Tilam best. Nyenyak itu pasti. Hahahaha.. 

Aku memilih untuk tidur ! Aku datang sini nak berehat. Heeee... 

Pagi esoknya.... Hee.. Bangun seawal pagi. Lepas solat subuh , aku turun bawah turun. Ambik gambar dulu pastu bersarapan. Sarapan pagi ada pelbagai pilihan. Murtabak , nasi lemak kukus , nasi goreng , roti canai , salad , mee rebus dan banyak lagi. 

Makan tengahari... Ha , ni aku nak kena bagitau korang. Kalau korang berada di dalam hotel ni , ada 4 makanan signature mereka yang perlu korang rasa. Satu , karipap dodol. Dua , cucur udang. Ketiga, mee goreng mamak dan keempat ialah char keow teow ! Pasti korang makan sewaktu panas panas tau! Haa... sedap okkkk ! 




Satu pengalaman yang memuaskan bagi aku. Nak meninggalkan hotel ni, bukanlah mudah. Ditambah lagi dengan keramahan orang atasan Impiana Hotel Ipoh ni , membuatkan aku rasa nak tidur semalam lagi. Huhuhhu.. Tapi tak pe.. InshaAllah akan kembali lagi ! Mereka nak buat pelbagai lagi penambahbaikan dan pastinya aku teruja nak tunggu apakah hasilnya nanti ! 

Berapa bintang aku kasi ? 7/10 . Bagi mereka yang berminat nak buat meeting , kursus  , kawin ke.. mmg syok laaa... Ada kawan aku di instagram beri komen peribadi pada aku. 



Hehehe... Bagi yang berminat , boleh buat tempahan terus ke hotel ni atau melalui aplikasi hotel yang sedia ada. 

Impiana Hotel Ipoh : https://ipohhotels.impiana.com.my/

9 ulasan:

  1. Memang best. Dulu masa boss lama kami selalu juga lunch dan hi tea di sini. Cuma tak pernah menginap je lagi sebab memang orang Ipoh...

    BalasPadam
  2. Betul, bila dah stress ni sekali sekala bawa family holidau dkt dkt dah ok dah. Tambah ada kolam besaq camtu, mmg anak beranak berendam tamau naik hehehe

    BalasPadam
  3. wahhh,,seronoknya.Cantik swimming pool dia.Banyak betul menu dia kat sini,syoknyaaaa.. makan.kikikikiki.. puashati macam ni

    BalasPadam
  4. bercuti dekat pun takpa..aslkn dapat release tension..best juga hotel ni erk

    BalasPadam
  5. Wahh! cantiknya hotel ni. nak masuk dalam wishlist la

    BalasPadam
  6. dah lama tak ke ipoh...cantik jugak bilik die tu

    BalasPadam
  7. Tak pernah sampai ipoh..leh masuk list cuti2 malaysia ni. Nk try 4 sig nature dish kat sana.

    BalasPadam
  8. Wahhh menarik, pool dia luasnya. Kalau bawak anak² ni syoklah diaorang.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.