Isnin, 2 Januari 2017

Jaket Keselamatan The Sauf by Sauf Asia jadi penyelamat aku !

 

Baru-baru ni di sebuah hotel Port Dickson , Qhaliff nyaris lemas ! Dia main terjun je ke dalam kolam renang yang dikhaskan untuk orang dewasa. Nasib baik dia pakai pelambung di lengan ! Ketika tu , aku takda di situ. Dia turun dengan pakcik dia. Tindakan dia adalah di luar jangkaan sama sekali ! Tapi pakcik dia ada dalam kolam waktu tu la..

Disebabkan insiden tu , aku pastikan Qhaliff turun ke tempat tempat yang ada air , dengan jaket keselamatan ! Tapi masalahnya , dia dah fobia masuk kolam yang air dia kelihatan dalam ! Hurmm.. Camana nak pujuk dia ?

Di De Rhu Beach Resort ari tu.. terjadi pula pada Zahra. Tapi aku memang ada kat situ la.. aku tengok je kejadian tu ! Saja nak biarkan sebab dia ‘degil’ ! Nak turun ke kolam dalam tanpa pakai life vest ! Nak tunjuk berani sangat haa.. Hahahaha.. Dia lompat manakala aku berdiri di tebing kolam tu. 5 saat kemudian , aku tarik dia. Hahahaha.. Dan dia insaf terus pastu. Namun tetap tak nak pakai sebab ketat skit. Kena tukar nanti yang size macam abang dia.

Jaket keselamatan yang aku maksudkan adalah yang dipakai Qhaliff ni. Kalau korang follow instagram aku atau Facebook aku , mesti korang perasan video yang aku post kat sana tu.. Heee.. Kalau tak follow , sila follow la skang . Public je tuuu.. Tengok video dalam tu. Berbaloi wooo kalau korang ada anak kecil dan guna jaket keselamatan dari The.Sauf by Sauf Asia ni.

Qhaliff pakai jaket keselamatan ni tapi tak nak masuk kolam ! Takut katanya. Aku pujuk pon tak jalan. Akhirnya aku ajak main pasir jer.. Kasi dia tenang dulu..

image

Bila nampak dia dah cam ok jer , aku ajak dia gi kolam. Kata aku , Zahra nak mandi. Dan dia ok jer tapi syarat tak nak mandi. Nak duduk jer. Dia bagi syarat gitu. Aku angguk je. Heeee… Tau la aku nak buat camana nanti.

Di kolam , Zahra dan aku masuk tapi main tepi jer. Zahra tak nak pakai walaupun aku paksa berkali kali. Paksa la camana pun , si anak dara ni kalau tak nak… dia tak nak ! Tak pe.. tunggu dia ada geng nanti !!

Qhaliff.. duduk tepi je.. Aku  berendam dan duduk bersila di dalam air. Dia terkejut.

“ Tak dalam laa , daddy. “. Dia cakap.

Aku senyum.

“ Meh turun. Daddy pegang.. “ . Pujuk aku. Tapi gagal. Dia bangun nak keluar dari situ tapi aku cepat cepat suruh duduk. Kata tak payah masuk. Dia duduk kembali..

Zahra terus bermain air. Dan akhirnya dia tak tahan.. dia masuk juga tapi masih takut takut.. Jaket keselamatan tu jadi penyelamat ! Dia terapung dan terus teruja ! Hahahaha.. Dia mula berenang skit. Dia jarakkan diri dia dengan aku beberapa langkah pastu berenang ! Kemudian makin jauh dan jauh ! Amboiiiii.. dan terus jauhhhhh !

image

Dan akhirnya dia dah berani ! Bila dah berani , aku ajak naik pon dia tak nak. Pastu siap kata kat budak budak yang berenang pakai pelampung ..

“ Daddy , dia takut.. hahaha.. “. Amboiii.. berlagak terus ! Huhhhh.. Dan , siap paksa Zahra pakai ! Hahahaha.. Pasni confirm sibuk ajak mandi kolam je memanjang ! Huhh..

Jaket keselamatan untuk bayi pon ada cuma tadi masa nak try tu , air sejuk sangat dan Aariz pulak baru baik dari selsema.. Dapat try jap jer..

image

Ternyata jaket keselamatan kanak kanak ni memainkan peranan penting ketika kita berada di kolam renang. Dalam kita berwaspada ada ketikanya kita lalai. Jika dengan adanya jaket keselamatan ni , aku rasa penjaga tak perlu risau sangat dah bila anak mereka bermain di kawasan yang agak dalam.. kan ?

Material , spesifikasi jaket keselamatan kanak kanak ni korang boleh tengok sendiri di https://saufasia.com/ atau di Facebook , SAUF by SAUF ASIA.

Bagi mereka yang gemar  membawa anak anak pergi bermandi manda di kolam walaupun sekadar taman tema ,tolonglah pakaikan jaket keselamatan ni. Keselamatan amatlah penting ! Kalau guna pelampung tu , mungkin bocor..dan ketika tu , kita pon tak sedar ! Haa.. bayangkan apa boleh terjadi bila kita tak perasan dan anak kita ketika tu sedang gunakannya ?

Untuk bayi , jaket keselamatan dia ada zip.

image

 

Boleh beli online atau terus ke showroom di Shah Alam. Sebarang pertanyaan , sila :

Email  : sales@saufasia.com

Hotline    : 6019 355 5647

Office       : 603 5524 5647

Alamat Sauf Asia Showroom :

No. 23-2, Jalan Lengkuas B 16/B, Ken Rimba , 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia

3 komen :

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Kemahin Qhaliff..menarik nie,boleh beli satu untuk anak Kak Sue nanti..

Umminani berkata... [Reply to comment]

bagus dan nampak yang memang selamat. mungkin sebab qualiti bagus.

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Warna jaket pun menarik, mesti kanak2 suka pakai👍

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI