Riadah bajet azam baru kami ! - BEN ASHAARI

Riadah bajet azam baru kami !

 

“ Abang… petang ni gi taman eh ?” . Pinta wife dan aku jawab ok jer. Takda isu dan sememangnya azam kitorang tahun inilah berjimat. menyahut seruan menteri , kata orang. Menteri tak berjimat tak pe.. rakyat kena berjimat ! Kan  ? Mana tau nanti menteri jadikan rakyat sebagai teladan.. kan kan ?

Destinasi pilihan aku ialah.. Taman permainan di Tasik Empangan dekat dengan PICC tu haa.. Harap tak ramai orang la.. Kalau ramai , huhu.. kena tukar plan B dan plan B , belum dirancang lagi sebab berharap plan A berjaya dengan jayanya !

Jam 6 petang.. sampai kat situ. Dan aku tergaru kepala ! Ramainyaaa orang ! Acaner ni ? Nak main gelongsor pon tak leh kalau ramai gini haa !

Tapi aku nekad. Kalau ada rezeki , dapatlah diorang main gelongsor ! Kalau tak , main lari lari je la.. atau panjat je bukit sedia ada ! Huuhuhuh..

Budak budak ni happy jer ! Lagi ramai lagi best ! Ramai kawan gituu ! Qhaliff dan Zahra , dapat sesuaikan diri dan dapat rakan baru sekejap jer !

image

image

image

image

image

Yang bagusnya kan.. walaupun ramai kanak kanak bermain.. takda adegan tolak menolak sama sekali. Pandai mereka bergilir gilir turun dari gelongsor serta memanjat ! Takda yang bergaduh atau menangis pon ! Fuh , kalau orang dewasa bila naik pengangkutan awam ! Huhhh..

Ok.. jam 7 balik. Kos perbelanjaan hari ni , dibawah RM20. Belanja ais krim kat diorang je.. heee…

3 ulasan:

  1. Okey, yang part last tu #deep.
    Anddd, comelnyaaaa tiga orang tuu. Geram tengok. Hihi

    BalasPadam
  2. Quality time...yeyyy..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  3. memang jimat ... ss pun bawa riadah n naik kuda je hari ni huhu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.