Suri rumah patut dapat cuti khas !
Suri rumah… bila sebut suri rumah , ramai senyum. Best giler kot duduk rumah dari gi pejabat ! Stress tengok muka boss atau bergaduh teman pejabat yang jenis jilake punya hati. Huhuh..
Aku baru 3 anak. Setiap pagi , lepas subuh.. siapkan Qhaliff. Kemudian si kecik pon terjaga. Samada wife akan mandikan dia jam 7 pagi atau aku. Zahra bangun lewat sebab tidur lewat !
Qhaliff dan wife keluar rumah. Aku berpandangan dengan Aariz ! Nak buat apa skang ? Jangan banyak bunyik.. gi sambung tidur , Aariz ! Daddy banyak kerja nak buat ni.. Hurm , tapi kerja apa ??? Memasak ? Mengemas ? Semua dah dibuat wife. Bayangkan kalau dia yang duduk rumah , aku gi kerja.. Semua tu dia akan buat sehingga aku balik kerja ! KALAU aku yang gi kerja yer tapi sekarang keadaan terbalik. Aku duduk rumah , jaga anak tapi tetap kena kerja !
Jujur aku katakan.. PENAT SANGAT OK ! Tidur aku sekarang cuma 3-4 jam setiap hari. Nak curi curi tidur , time Aariz terlena. Masa tu aku dapat la curi dalam 10-15 minit sebelum dikejut Zahra. Tengah sedap tidur , Zahra lompat ! Fuh.. leh terhenti jantung dibuatnya !
Isnin sampai Ahad.. Rutin sama. Ditambah lagi dengan gi gym lagi di waktu waktu yang terkosong ! Haa.. Aku perlu gi gym atau aku akan kuat makan ! Kalau gi gym , penat.. nak makan pon takda selera ! Hahahaah.. kononnya !
Dan kalau aku sakit , takda cuti ! Suri rumah takda cuti walaupun sakit. Hahahahaha..
Maka dengan ini , aku mintak laaaa kerajaan prihatin skit. Bagi la HARI SURI RUMAH sehari dalam setahun ! Dapat la gak kitorang ni berehat tanpa gangguan sapa sapa.. dapat sejam dua pon ok laaa ! Sebab suri rumah camana pun , takleh berpisah dengan anak anak dia.. kan ? Geram camana pun , nak anak anak di sisi ! Huhuhu..
Selamat Menyambut Hari Suri Rumah buat kita yang duduk rumah jaga anak ni !
5 comments
betul tue
BalasPadamSuper Daddy
BalasPadamEven lovers need a holiday hehehe
haha.. best entry ni...
BalasPadamTerbaikk entry ni! Hehe
BalasPadamSetuju... tapi ....
BalasPadamHuhuu jer laaa
Apa pun... hanya surirumah jer memahami tugasan surirumah yg kengkonon relax. Hehee...