Petrol naik 20 sen tapi aku tetap tenang ! - BEN ASHAARI

Petrol naik 20 sen tapi aku tetap tenang !

 

Tenang giler ! Apa jua alasan diorang , segalanya dah dibaca. Memberi alasan itu sememangnya kerjaya agung mereka. Aku sebagai rakyat jelata yang hanya berkuasa ketika hari mengundi , tak mampu nak berkata apa. Nak ‘sound’ kat media sosial , kena tangkap. Dah tu ??

Tadi aku isi petrol. Baki di meter dashboard menunjukkan ada lagi satu setengah suku. Esok , nak keluar lagi.. cari barang keperluan rumah dan sekolah anak. Maka kena isi la tangki tuu..

Petrol masuk ke dalam tangki. Berdebar aku melihatnya. Akhirnya berhenti di angka hampir mencecah RM50 ! Fuhhh.. Giler laaa wehh ! Baru sehari di tahun 2017 ! Hahahahaha.. Seperti yang dijangka pakar pakar ekonomi media sosial yang mana tahun 2017 ini mencabar dan tercabar. Kecuali pakar ekonomi yang terpilih je bagitau 2017 tahun bakal menjadi tahun gemilang buat kita semua disebabkan pencapaian 2016 yang sangat memberangsangkan ! Huhuhu.. celah mana pon aku tak tau laaa..

image

Aku ada 3 orang anak. Seorang bakal bersekolah 3hb nanti. Nak hantar dia g sekolah , guna minyak. Nak amik pon begitu juga. Kos sara hidup aku bertambah. Nampaknya , kena kerja keras lebih lagi tahun ni..

Hati ini mencaci maki di dalam entri ini tapi rasanya.. tak payahlah. Memadai jer berdoa pada Allah.

2 ulasan:

  1. Semoga tahun ini dan seterusnya, kita semua di murahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan pekerjaan dan kehidupan harian..

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.