Promosi menu menarik sempena Tahun Baru Cina dari Pretz And Beanz , Mont Kiara

by - Ahad, Januari 08, 2017

 

Menu ni , bukan khas untuk mereka yang menyambut Tahun Baru Cina je yer.. mereka yang ada mulut dan bercitarasa tinggi , digalakkan merasainya dan sangat menarik , bagi aku yang dah merasainya baru baru ini bersama rakan rakan blogger yang mana kami diundang oleh pihak pengurusan Pretz And Beanz , Mont Kiara.

Secara jujurnya , aku terima undangan ni disebabkan terliur melihat gambar gambar yang sering dipost oleh rakan rakan blogger sebelum ni tapi tak berkesempatan nak pergi merasainya sendiri. Maka , bila terima undangan gini , amatlah bodoh kalau aku menolaknya , kan ? Heee..

image_thumb[6]

Ok.. Pretz And Beanz ni terletak di Solaris Mont Kiara. Waze je , confirm jumpa ! Dan takda masalah dengan tempat letak kereta di sini. Cuma perlu keluar duit untuk bayar parking dan makan dengan tenang ! Kalau tak nak kuar duit pon boleh.. parking je tepi jalan tu. Kena saman , bayar je.. hehehe..

Tempat ni bagi aku santai sangat la.. takda la kelam kabut hiasannya. Nak lepak dengan kawan kawan atau kekasih hati , confirm takda orang kacau. Wifi juga disediakan. Percuma !

image_thumb[7]

image_thumb[10]

image_thumb[14]

Apa yang menarik di sini ? Ok.. menariknya di sini , korang leh makan apa juga makanan tanpa rasa bersalah sebab selepas makan , leh minum air detoks ! Heee.. Ada pelbagai pilihan air kesihatan  di sini seperti aku amik air green detox ni.. Heee.. memang kasi clear perut la esok jawabnya.

Heheeee… sebelum tu aku makan puas puas dulu..

image_thumb[17]

Ok.. ada banyak pilihan makanan di sini tapi aku diminta mencuba menu khas sempena Tahun Baru Cina kali ni. Menarik , kan bunyi dia ? Ha.. tak sabar nak rasa !

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah promosi sempena Tahun Baru Cina. Set set yang berbaloi untuk dinikmati dengan harga yang mampu bayar.. 2 orang dapat makan wooo !

Set Promosi Tahun Baru Cina , bakal dihidangkan dengan Healthy Smoked Salmon Salad + 1 hidangan utama (boleh pilih pizza mana nak ! ) dan 2X Double Golden  Kwa Fish Jelly serta 2x drinks ( Americano Coffee / Gourmet Tea ).

image_thumb[37]

Healthy Smoked Salmon Salad

image_thumb[27]

Double Golden Kwa Fish Jell

Ada dua jenis pizza khas untuk Tahun Baru Cina ni. Yang pertama , HUAT AH ! Abalone Pretzel Pizza 10” ( untuk 2 orang ) dan HAHAHA Hapiness Prawn Hawaiian Pretzel Pizza 10” juga untuk untuk 2 orang makan.

image_thumb[31]

HUAT AH ! Abalone Pretzel Pizza 10”

image_thumb[34]

HAHAHA Hapiness Prawn Hawaiian Pretzel Pizza 10”

Kalau tak nak set pizza ni , boleh amik set yang lain. Set ni ada Happy Long Life Prawn Spagetti yang sangat sedap bagi aku ! Semangkuk pun tak puas gitu.

Antara yang sedap pernah aku rasa..Ringan dan tak semak bagi aku spagetti ni ! Tak dipenuhi dengan pelbagai jenis hiasan di dalamnya maksud aku..

Menariknya , terasa kesegaran udangnya walaupun pantai jauh dari sini ! Tersangat jauh.. heeee !

image_thumb[23]

Happy Long Life Prawn Spagetti

Tamo semua ni ? Nak hidangan ‘jaga badan’ punya ? Ok.. Jangan risau ! Ada ok set untuk golongan cam aku ni.. heeheee ! Korang leh amik set khas gitu..

Set Ong Ong Smoked Salmon Lou Sang Salad ( 2 orang makan ) + 2x drinks ( Americano Coffee / Gourmet Tea ) + 2 wealthy Goldfish Jelly.

image_thumb[20]

Ong Ong Smoked Salmon Lou Sang Salad

Promosi hebat ni bermula pada 11 Januari 2017 hingga 11 Februari 2017 dan harga semua set ni dibawah RM40 !

Selain dari ni , korang leh makan Pretzel yang bagi aku.. sedap ! Kalau tapau bawak balik rumah pon , masih lembut ! Tak seperti yang pernah aku rasa.. keras bila tapau !

image

image

Khas untuk mereka yang lahir pada tahun Ayam Jantan ni , akan dapat free Double Golden Kaw Fa Fish Jelly atas apa jua pembelian. Beli set apa pun dapat laaa.. Heee.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua terutama rakan rakan berbangsa cina yang menyambutnya.

image

You May Also Like

9 comments