Minggu ke 2 , Qhaliff ke tadika.

by - Isnin, Januari 09, 2017

 

Dua hari cuti. Cuti hujung minggu. Jumaat sebelum bercuti , dia ke tadika tanpa tumpahkan setitis air mata tapi sebelum dia masuk ke dalam tadika , ada dia lafazkan sesuatu pada aku.

“ Daddy tak payah balik la.. “ .

Aku ketawa. Aku gosok kepala dia dan dia berjalan masuk ke dalam. Disambut oleh gurunya yang peramah. Alhamdulillah.. Dan cuti menjelma. Satu kenikmatan buat mereka yang bekerja serta belajar , kan ? Heheheee..

Apakah rahsianya yang membuatkan Qhaliff tak menangis ? Aku kasi dia milo kotak dan roti setiap pagi sebelum keluar rumah. Dengan perut kosong , mana mana budak akan buat karenah punya ! Sapa nak gi kelas dengan perut kosong kan ? Hehehee..

image

2 hari bercuti.. Isnin menjelma. Malam sebelum tu , ada aku tanya dia..

“ Esok sekolah tau.. “. Aku nanti jawapan dia.. Dan dia senyum jer. Aik ? Dah redha ke ? Huhu.. lega aku. Takda dah drama di pagi hari. Cuma dia perlu tidur awal untuk elak mengantuk di pagi hari. Kul 10 kena tidur dah !

Awal pagi.. tugas aku ialah mandi serta siapkan dia. Manakala wife akan masak sarapan serta makan tengahari. Nak mandikan Qhaliff , tak susah.. Dukung terus ke bilik air. Dan dia akan buka mata sejurus aku letakkan dia.

Dan pagi tadi , wife antar dia gi kelas. Menurut wife , sampai je depan tadika tu , dia disambut oleh seorang pelajar perempuan. Waduhhh.. ceria kata wife. Hahahaha.. Dan automatik dia sendiri yang buka kasut , letakkan di rak dan masuk ke dalam. Amboi… depan awek berlakon kaw kaw gitu.. Perangai sapa la dia ikut nehh !

Jam 4 petang , aku amik dia di tadika. Aku intai dia. Ok je dia. Semua pelajar sedang berehat. Ceria bila nampak aku. Dalam kereta , lena ! Huhuhu.. Sian , penat.. Aku sekolah dulu pun setengah hari.. budak budak sekarang , serupa macam gi kerja !

Masalah timbul dah ! Dia dah tidur petang.. malam berjaga lak ! Huhhh..

You May Also Like

5 comments

  1. Minggu kedua dah..setiap hari lembaran baru Qhaliff..dah ada kawan ya :)

    BalasPadam
  2. kat sekolah dia tak tidur ke beben? maybe penat sangat kot...awal lagi kan, tak biasa lagi dengan waktu belajar seharian

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah. smoga qhaliff hapyy di taska ;)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. semoga selamanya gini ye nak..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. qhaliff dah dapat suaikan diri.. yea, memang kesian dengan masa anak-anak sekolah sekarang ni...diaorang lagi lama sekolah dari orang yang bekerja.

    BalasPadam