Muhammad Aariz Iman , 4 bulan sudah dia !

by - Isnin, Januari 09, 2017

 

image

Hari ni dia kena pergi buat pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan. Fuh , kejap je 4 bulan. Patut la pelik je perangai dia. Dah boleh meniarap.. air liur melimpah keluar tanda gigi nak  tumbuh dan banyak membebel ! Paling tak leh tahan , kuat senyum… cam daddy dia.. manis gitu ! Kan kan ?

Aariz.. masuk 4 bulan ni memang banyak sungguh la karenah dia. Kalau letak dalam buaian , dia punya meronta nak keluar ..cukup menakutkan tul ! Tapi kalau keluarkan dari situ , dia tak nak duduk bawah. Nak didukung jer ! Adeh.. nak kena pakai gendong tu la jawabnya aku. Cer bayangkan aku pakai..

image

Hurm.. kacak gak kan ? Nak beli la.. tapi kat mana ada jual ? Adehh.

Ok..berbalik pada Aariz.. dia dah masuk 4 bulan. Berat 7.5kg. Tinggi dia 7cm ++. Lain lain , normal. Takda masalah. Alhamdulillah.. Ceria sokmo.. Ni aku tengah update blog pon leh dengar suara dia dalam bilik tu dengan wife.. dok teriak. Giliran wife jaga lak dan aku , buat kerja !

Hurm… syukur pada Allah dikurniakan anak anak yang sihat dan cerdik. Kacak cam apak dia gak kan ?

You May Also Like

0 comments