Hilangkan tekanan si Qhaliff

by - Jumaat, Januari 13, 2017

Minggu ni Qhaliff sangat baik.Tak buat pasal pun nak gi tadika.Cuma masa bangun tidur tu je liat skit tapi takda la buat drama pon. Bagi dia sarapan pagi , terus ok.. Pastu keluar g tadika. Semudah itu je..

“Abang nak jadi pandai..”. Kata dia.

image

Hurmm..tapi bila balik tu..dia mesti ajak singgah mana mana dulu..tak nak balik terus…tak kisah la mana mana pon ! Huhuh.. Mesti dia boring rutin hidup dia skang..

Camana eh.. Ada dua menda aku nak buat sebenarnya dengan dia ni tapi tak pe.. satu satu.. Maka malam tadi , aku bawak dia gi gym selepas kemlmarin dia mengamuk aku tinggalkan dia .. tak bawak gi gym !

Dan di gym.. ternyata dia pantas buat kawan di sana.. Sekejap je ada kawan dan teman bermain ! Hurmm…  Walaupun pada mulanya dia agak menganggu aku dan sememangnya merbahaya tapi bila ada ada geng.. aku pun dia tak kisah kecuali part nak air jer..

image

Balik rumah.. dia penat ! Terus aku bersihkan dia dan… 5 minit kemudian , lena ! Tepat jam 10 malam..

You May Also Like

4 comments