Ben Ashaari



Mula berblog pada tahun 2009 secara tidak sengaja. Mula serius selepas isteri mengandung anak pertama dan meletakkan jawatan sebagai penjawat awam di Kementerian Pelancongan. Sejak itu,  blog adalah rakan karibnya.  Segalanya , ditulis di dalam blog.

Pelbagai pahit manis telah ditempuhi selama 10 tahun berblog. Sehingga kini , yakni di tahun 2020.. masih lagi aktif berblog dan turut aktif di dalam media sosial. Blognya yang santai telah buka banyak mata. Ada yang telah jadikan blog Ben Ashaari sebagai  bahan untuk projek dan juga dijemput sebagai panel untuk beberapa kali samada di tv mahupun di pentas ilmiah.

Founder kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang mempunyai seramai 80 orang blogger aktif dari pelbagai kategori dan juga profesion.  Telah berkerjasama dengan pelbagai syarikat dan jenama besar samada di Malaysia dan juga luar negara seperti Pioneer , Sony , Air Asia , MAS , Samsung , Celcom , Digi , Lazada , Grab , LG , Honda dan banyak lagi.

Bagi Ben Ashaari , selagi mana ada orang membaca , selagi itu blog tetap jadi pilihan. 

Share
Tweet
Pin
Share