Dulu , aku sering tertanya .. bagaimana ayah aku melakukannya ? Berjalan kaki lebih setengah jam untuk ke pejabatnya ketika dia berjimat untuk meningkat taraf hidup keluarga ..
Dulu ,aku sering tertanya .. ayah aku makan apa saja yang mak aku masak tanpa banyak bicara walaupun lauk itu dah dibuat semalam , dengan penuh selera ..
Dulu , aku sering tertanya .. camana ayah aku boleh pakai baju yang sama untuk menyambut raya tanpa berminat untuk menukarnya yang baru sedangkan orang lain berlumba lumba membeli yang baru.
Dulu , aku sering tertanya .. mengapa ayah aku sering berada di rumah saja tanpa g melepak kat kedai kopi atau melepak berborak selepas abis kerja ..
Sekarang aku baru tau .. Itulah cara dia menunjukkan betapa dia sayangkan anak anaknya tanpa berbelah bagi sedikit pon ..
Apakah aku boleh melakukannya pada anak aku nanti ?