Orang kata , kalau nak nikah ni ikutlah cara yg ditunjukkan dalam Islam .. Kalau nak main sebat jer , gamaknya tak dapat restu laaa .. Bila tak dapat restu , hurm .. bykkan berdoa pada Allah .. Mohon keampunan dan keberkatan perkahwinan tu . Tu je la aku leh nak kata pon ..
Kenapa kena ikut jalan yg ditunjukkan untuk mengambil anak orang ni ? Sbbnya mudah jer .. Bila dah tak nak , pulangkan balik dengan cara yang betul .. Kalau takat nak cerai guna sms , baik simpan je la kejantanan tu .. Hampeh tul ! Takut bersemuka ? Bawak la peguam kalau takut sangat ..
Hurm.. aku malas nak nak tulis apa isu sebenarnya cuma nak la kawan kawan pembaca terutama yg muda ni , jgn ikut telunjuk nafsu sangat .. Ingat , tang sedap tu mmg sedap .. Tapi sedapnya , tak lama .. Ilang sedap tu , mai lak tanggungjawab.. Tanggungjawab ni lak , sampai mati tetap ada ..
Sebab itula sebelum nak mendirikan rumahtangga , kembali betulkan niat .. Apakah kerana Allah atau kerana ‘ soooo sweettttt ‘ .. Kalau sooo sweett ,harapnya kredit phone tu senantiasa di reload .. Mana tau leh berbalas balas sms ngan laki bila berperang .. Laki skang ni , mana berani nak perang depan depan .. Takut kena katok dek parang .. hehehe .. Guwau.. Bukan takut , tapi malas nak pening kepala kan ? Kononn .. huh ..