Selamatkah bayi naik kapal terbang ?

by - Sabtu, April 14, 2012

 

Tengah pening kepala .. Selasa ni dah nak balik ke Kelantan . Wife nak balik pantang kat sana . Aku ikut .. seminggu pastu balik Putrajaya dan pastu ulang alik la setiap hujung minggu .. Terpaksa ..  Banyak kerja nak kena settlekan .. Maklumlah , keje sendiri .. Tak buat kerja , duit tak de .. Duit takde , keluarga nak makan apa kan ?

image

Perbincangan dibuat dengan isteri .. Naik kereta , 10-12 jam sbb pasti banyak berenti ..  Kalau naik kapal terbang , penerbangan cuma mengambil masa 45 minit . Cuma part part cam nak bertolak dan ketibaan tu je la makan masa .. tolak pi tolak mai , 3 jam ..

Keputusan , naik kapal terbang .. Tapi ari tu , masa tanya doktor .. dia tak galakkan naik kapal terbang sebab organ masih belum kuat.. Begitu gak kata doktor masa kena kuning .. Bayi susu ibu jer ..Tapi bila guna petua , alhamdulillah .. baru berkurangan. Kalau tak , asik ulang alik jer ..

Jadi camana ?  Ok .. aku cuba google untuk mencari pengalaman pengalaman rakan blogger yang pernah membawa bayi mereka menaiki kapal terbang .. .. Ada beberapa petua dikongsi bersama ..

Dari blog Yati Yusof ( link entri sini )

• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

• Pastikan backpack anda mengandungi:

1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)

2. tisu basah (mini packed wet tissue)

3. dua persalinan baju

4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti).

5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin2 sekali dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.

6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).

7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.

8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.

9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.

10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.

• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak , anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…

Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.

• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.

• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.

• Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan

 

Baru terbaca di blog member , Eyriqazz yang mana dia pon baru dapat baby dan nak balik ke Kelantan gak tapi dengan menggunakan Air Asia .. Aku nak guna MAS .. hehe ..  Hurm, kesian lak .. Kenapa ? Tu kena baca sendiri kat blog kawan aku tu eh.. Tajuknya  Boleh ke Bayi Bawah 8 Hari Naik KapalTerbang AirAsia?

Dan untuk kepastian samada aku dan keluarga aku boleh naik kapal terbang dengan baby yang dah berusia 15 hari ( genap selasa depan , 17/4/2012) , seorang lagi rakan aku , Jai ada membuat entri mengenainya di dalam blognya yang bertajuk Had Umur Bayi Baru Lahir Untuk Naik Kapal Terbang ..

Maka , tak reti reti lagi nak tempah tiket ??  Apa pon kena ikut petua yang telah diberikan .. InsyaAllah , segalanya selamat ..

You May Also Like

13 comments

  1. Insya Allah selamat. saya susukan hakim mase flight take off ngan mase landing so baby x terasa sgt.

    lagipun flight 45min je. don't worry okeh.

    BalasPadam
  2. insya'Allah xada apa..sya prnh bw 1st baby balik sabah..kira long journey sikitlh..tp masa tu dh gnp sebulan..cuma pastikan baby dan diri kita sendiri/wife..sihat,kelengkapan utk baby dlm flight cukup...klu baby selesa/pampers nya sntiasa ditukar/xlmbp/knyng mnyusu..dia xakan hiraukan bunyi bising msa nak naik/ats flight nt..dan pasti baby tdr lena jer..dan juga cover sikit telinga baby masa nak naik nt..bunyi trlalu kuat tkut gegendng telinga baby tergnggu..dan klu baby xtdr msa dlm penerbngn..pastikn dia hisap susu sikit or air msk..mcm kita juga kan telinga berdenggung kena telan air liur baru lega sikit..klu baby mgkin xreti lg..hehe..sekdr kongsi pnglmn..

    BalasPadam
  3. insyaallah..semuanya akan selamat.

    BalasPadam
  4. Naik kpl trbng ye?ok r 2..xlama sgt..xde la penat ngat wife 2..

    Mcm sy dlu,blik pntang klntan,dr jhor,naik keta je..fuh,sakit seluruh bdn...

    BalasPadam
  5. sekadar nak kongsi pnglmn..
    sya pernh bawa baby balik naik flight..balik sabah,masa tu umur baby gnp sbln..alhamdulillah xada apa2..cuma pastikn baby dan kita sendiri/wife sihat..kelengkapan baby msa dlm flight lengkap/cukup..tukar pmpers baby sblm naik flight,mnyusu kenyang..insya'allah baby xakan meragam..dan tutup telinga baby masa naik flight nt,dan klu baby xtdr msa dlm pnerbngan..bg susu/air msk sekali sekala..nk hilangkn rasa berdenggung..mcm kita sendiri kita reti telan air liur kan..hehe..slmt terbang :)

    BalasPadam
  6. selamat kot. sebab aunty sy pun pernah gak bawa bayi dia naik kapal terbang pergi ke kuching.

    BalasPadam
  7. ok je..tapi kan anak akak dulu melalak-lalak dari Senai ke K.Kinabalu..sakit telinga kot...

    BalasPadam
  8. InsyaAllah selamat..saya bawa Arissa naik flight masa dia dah sebulan lebih...ada buat entri untuk rujukan abang ben...semoga bermanfaat InsyaAllah..apa yang penting part telinga kot..ada gambar benda alah untuk pasang kat telinga baby.. ;)

    http://notadyatie.blogspot.com/2012/04/arissa-naik-kapal-terbang.html

    BalasPadam
  9. ok kot..akak sya pun bawa baby dia balik masa berpantang dr senai ke KK..ikut jelah tips org bg tu..mcm lg ok hhehe

    BalasPadam
  10. Tak ada masalah tu, lagilah kalau naik MAS, ibu dan bayi pasti diutamakan. Kakak pernah balik dari Lahad Datu ke KLIA bawa baby kakak yang baru lahir tanpa suami, sebab ada anak yang sedang bersekolah (suami jaga). Jauh perjalanan tu, 2 kali naik kapal terbang. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun flight dari Kota Kinabalu transit dulu ke Singapore dan baru terbang ke KL. Jangan risau.

    BalasPadam
  11. insyallah selamat.. janji persiapannya lengkap!

    BalasPadam
  12. Salam. InsyaAllah selamat&senang sbb kecik lg,dh besar byk kerenah ckt. Selalu juga angkut baby travel dgn flight..umur 3hari dah boleh naik flight. Kalau dgn MAS insyaAllah selesa.cabin crew sgt baik. Dlm aircraft pun ada toilet yg ada board change diapers. Cuma kat KLIA je tak brapa comfortable,ada satu je toilet yg ada changing board kt depan surau.dah masuk dlm xde dah...sy selalu spare changing mat pastu tukar je kat kerusi..apa kisah kan..hehe

    Cuma make sure susukan baby time nak board,dan time nak landing. Tu y paling penting. Cuma sy rs kalo balik KB tu baby basinet tak perlu kot,sbb kejap sangat.Leceh cket,lepas boarding baru blh pasang,nak landing dh kena cabut.

    Save trip encik ben :-)

    BalasPadam