Hati-hati kawan bila berbicara kerana kata itu doa ! Yup .. Dalam tak sedar , kata kita itu dimakbulkan Allah .. Tanpa kita sedari ! Itulah yang berlaku pada aku ..
Sebelum raya ari tu , aku senantiasa mengeluh sbb terkurung dalam rumah ..
“ Ahh , seronok betul dapat pergi bercuti ! “ .
Bukan tensen dengan apa yang aku buat tapi aku tak nampak dunia ! Yelah , dah duduk dalam rumah jer kan ? Ketika tu , rindu saat saat g kerja dahulu ..
“ Patutlah best pakai maid .. Semua diuruskan mereka termasuk jaga budak .. “ .
Hati nakal aku terdetik kadang kadang .. Sememangnya aku manusia yang tak reti bersyukur !
Syawal menjelang. Dan aku antara mereka yang gembira sebab wife amik cuti panjang. Dengan ini , aku boleh bercuti panjang ! Hehehe..
Aku terlupa ..
Setiap hari aku sekeluarga keluar. G beraya sana sini . Ke sana sini .. Memang tak duduk diam . Perghh .. Merayau saja .. Aku jadi penat .. Aku nak sangat duduk rumah dan berehat ! Tak mampu dah nak ke mana mana ! Hingggakan aku menolak ajakan wife ke Terengganu untuk bercuti sedangkan aku cukup gemar ke Terengganu !!
Hurmm .. Dan hari ni aku tersedar .. Aku nak sangat keluar rumah hingga penat ! Dan kembali nak sangat duduk rumah ! Hurmm ..
Serius , mmg terkena pada batang hidung aku akan kata kata aku sendiri !