CINTA sampai ke mati ?

by - Selasa, Ogos 28, 2012

 

 

Hurmm .. CINTA tak buta .. Tapi yang buta tu , kita .

Adakalanya kerana CINTA , kita tak nampak apa dah .. Yang kita tau , kita nak bersama si dia yang kita cintai . Lain tamo ! Kerja cuci jamban pon sanggup asalkan hati gembira .. Bukan apa , kerja cuci jamban ni , jarang orang nak buat terutama yang muda mudi ni haaa.. Stendek la katakan ..

Ada yang sanggup buang keluarga , putus adik beradik atau sanggup berenti kerja kerana CINTA .. Tu diaaa aihh .. Penangan CINTA .. Best kan ? Berani mati gitu .. Tu tak campur lagi dengan lagu lagu cinta yang dasyat dasyat tu .. Lautan api , gunung ganang , berlari ke Marikh , terjun ke bara api dan banyak lagi la tanda kebesaran cinta manusia terhadap manusia yang lain ..

Tapi bila dah dapat ? Setahun dua , comel laa.. Tidur dalam pelukan. Tak leh renggang langsung .. Kalau tikus lalu , kena penyepak sampai ke Australia tikus tu haaa .. Tapi tu dulu laaa .. Bila dah mula bosan , tikus lalu pun wat dek sambil berkata ,

“ U ngan tikus tu pun takde beza dah .. “

Haaaaaaaaaaaaaa .. amik kauuuu .. Dulu , kaulah bidadari terakhir dari Afrika gituwww ..

Tu belum part buang keluarga .. Haa , part ni dalam tv pun banyak kali tunjuk aihh .. Tapi yang depa tunjuk tu , diorang happy gitu .. Hakikatnya , bila buang keluarga ni pasti merindu tak hengat punya .. Bayangkan mak ayah tak nak ngaku anak .. Anak tak nak ngaku mak ayah .. Tapi bila raya , siap teriak bagai aihhh .. Siap nyanyi lagi Aisyah , “ Pulanglah ‘ .. Haaa .. Eh , tu lagu putus cinta .. hehe ..

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

 

Betullah bercinta tu menyeronokkan . Tapi kena ingat , cinta ni bukan sekadar seronok tapi segala galanya. Pahit getir dugaan melanda. Ketika itu , sapa yang kita ada ? Kawan kawan ? Kawan kawan pun belum tentu boleh tolong okeh ? Yang ada mak bapak pun , tapi kalau mereka pun dah dibuang kerana cinta , sapa lagi ? Adik beradik ? Hurm ..

Bercinta , bercinta gak .. Jangan sampai buta mata hati dah .. Hidup ni sekali . Hayati dan hargai .. Cinta sesama manusia , boleh dicari walaupun tak sama tapi ianya cuma perasaan berbanding cinta terhadap mak ayah yang membesarkan kita ..

Jangan menangis atas pusara mereka bila kita sendiri dah engkar pada mereka . Walaupun tak perlu restu mereka tapi kebahagian pasti lebih dirasai dengan adanya keizinan mereka ..

You May Also Like

6 comments

  1. cinta sejati sampai akhirat nanti..

    BalasPadam
  2. betul tu.. "aku buta kerana cinta".. pergggh ayat buat saya nak muntah..
    cintailah pada yang maha Esa...itulah cinta sejati dan abadi yang bakal membawa kita ke syurga.

    BalasPadam
  3. Dulu kau cinta aku pun cinta, kau nak mati aku tak rela..bila da boring kau cinta ada ku kesah?, kau nak mati aku rela...huhu sadisss

    BalasPadam
  4. Dulu masa hangat bercinta masih tak boring " kau cinta aku cinta,kau nak mati aku tak rela",, sekarang bila da boring " kau cinta ada ku kesah?, kau nak mati aku rela" aduhhh sadiss

    BalasPadam
  5. faham sesangat .. huhu sedihnye bile baca .

    BalasPadam