Berfikir banyak kali sebelum melakukannya ..

by - Isnin, Ogos 27, 2012

 

Hurm .. Baru lepas baca artikal mengenai seorang artis wanita popular satu tika dulu dengan gambar kontroversinya yang mana dia tak mengakuinya dan akhirnya mengaku bahawa dia melahirkan anak tu di hospital tersebut ..

Puas dia menyorokkan aib dia tapi ramai beria nak suruh dia mengaku .. Untuk apa yer ? Kenapa ramai orang beria nak membuka aib orang lain ? Kiranya jangan nak sorok dosa la yer ? Mari kita kompang dan bagitau satu kampung dia telah melakukan dosa ? Gitu eh ?

Kata semakin moden dan canggih ? Tapi kenapa perangai seperti zaman dulu dulu gak ? Dok mengumpat secara terang terangan atau bersok sek sok sek di dalam blog atau laman sosial ?

Oh yer .. Tu bukan kita atau ahli keluarga kita yang sedang kita umpat kan itu .. Kalau kena kat batang hidung kita ? Camana ? Kalau aib hingga menjatuhkan maruah dia , cuba fikir apakah perlu kita join sama menyebarkannya ?

 

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”

(HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

You May Also Like

8 comments

  1. Tulah tak faham betul orang zaman sekarang.. Macam macam perangai ade..

    BalasPadam
  2. sesama manusia mmg sllu busybody
    suka sgt ambik tahu hal org

    BalasPadam
  3. tu la perangai...selagi boleh selagi itu di korek tuk di bongkarkan..ermmmm...

    BalasPadam
  4. manusia memang macam ni..seronok cerita keburukan org lain...
    btw...takut dgr cite manusia zaman skrg ni...mcm2 kes..

    BalasPadam
  5. hmm...betul kata abang ben..
    mungkin mereka nak tunjukkan hal tu supaya dijadikan sebagai pengajaran,
    tp cara mereka tu tak betul...
    mcm mengaibkan orang je..
    apapun, berfikir sebelum bertindak...

    BalasPadam
  6. biasalah tu abg ben..dah fitrah manusia cenggitu. 10 perkara kita buat; 9 benda baik tapi 1 benda tak baik..manusia tetap akan cari, korek lagi godek benda yang 1 tu. Sedangkan yang 9 lagi banyak dan lagi mulia tu ditolak mentah2.

    Fitrah manusia level negara dunia ketiga ni mmg suka betul tengok, cari dan geledah benda yang negatif dan dishare buat tatapan umum. sebab tu kita sampai sekarang pun xmaju2 lagi (pada pendapat wa la)

    BalasPadam
  7. manusia ni lebih bangga kalau dapat hebohkan aib orang lain.. tu pasal la tak pandai nak maju2...

    BalasPadam