Confirm .. Qhaliff tak sihat ..

by - Isnin, Ogos 27, 2012

 

Qhaliff berak lagi .. Dan kali ni mmg cirit birit dan najisnya ada sedikit berbuih .. Ada aku amik gambar tu .. Nak tengok ke ? Hehee. . Tak pe la .. Aku tunjuk kat doktor je nanti .. Kang ada gak yang muntah kat depan pc tu nanti .. hehe ..

Jap lagi nak g jumpa doktor kalau dia berak sekali lagi .. Wife terus bagi susu badan .. Hurm ..

Infomasi Bersama :

Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?

Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari.

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) -- pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu -- atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Bolehkah ianya dicegah?

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika anda memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.

Bagaimanakah saya merawatnya?

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut:

• kulit atau bibir kering;
• lemah lesu;
• menangis tanpa air mata;
• ubun-ubun yang menurun;
• tangan dan kaki pucat;
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa.

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda:
• tak mahu minum;
demam lebih dari 24 jam;
• terdapat darah dalam najisnya;
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam;
• perutnya kembong buncit.

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat.

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

Sumber : BabyCenter

You May Also Like

14 comments

  1. Thanks sebab share info.
    Sebab tu kena monitor najis dia.
    Baby yg nyusu badan memang dapat ape je yg mama dia mkn..

    Sian lil Qhaliff.. Cepat2 bwk gi klinik ye..

    BalasPadam
  2. cepat2 bwk jumpe doc tau! may qhaliff getting better soon. amin..

    BalasPadam
  3. Aloo cepat2 bawak jumpa doktor.. Moga Qhaliff cepat sembuh.. Amin..

    BalasPadam
  4. Ha..kalo die punye najis tu cair maybe tak pape kot..tapi pape pon cpt2 lah bwk jumpe doktor..Fateh pon baru je mengalami cirit n muntah..org kate tengah musim skarang ni..

    BalasPadam
  5. Alahaaiii ciannya Qhaliff...salah makan ke, salah menyusu nih ^__^. Yg penting, bawak jumpa doc la Ben eh...

    BalasPadam
  6. semoga anak cepat sembuh ben..

    BalasPadam
  7. @mamavogue

    Kena pastikan yang Qhaliff tak lama kena cirit2 tu kalau tak bahya.Betul tak mama?

    BalasPadam
  8. assalam, kesian Qhaliff...tapi tak pe daddy sedia berkhidmat sepenuhnya hingga Qhaliff kembali sihat....untung Qhaliff yg mempunyai daddy dan mamma yg bermaklumat.

    BalasPadam
  9. Thanks 4 info tu. Persiapan utk anak pertama ni. Banyak mende peelu blajar. =)

    BalasPadam