" Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. " - Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari ( link )
Masih lagi dengan kata kata dia ... Apa kata mereka yang teringin mengkritik blog orang lain tu berfikir dahulu .. Tanya apakah niat sebenar... apa benar nak kritik untuk membantunya atau sekadar nak melepaskan geram .. Jika nak melepaskan geram , cuba tanya .. apakah ganjaran yang akan diterima ? Seronok sangatkah menyakiti hati mereka ? cuba tanya diri sendiri , apa hukum menyakiti hati orang ? Atau terasa angkuh sangatkah sehingga merasakan diri tu terlalu besar ?
Hurm.. Orang kita ni , seronok melagakan ..dilagakan .. bertepuk tangan.. tersenyum sinis .. ketawa riang .. menangis tu dah pasti .. Tapi kejayaan ?? Berapa ramai yang mengecapi kejayaan ? Jangan sangka bila dah memilik segulung ijazah atau belajar di luar negara dah kira berjaya ..
Lihat bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar dulu ...
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran."
Apa yang dia lakukan ialah usaha .. kecekalan hatinya membuatkan dia dimana sekarang .. Bila dah berjaya .. bukannya merendahkan orang lain sebaliknya membantu mereka yang memerlukan bantuan ..
Apakah menjadi satu kesalahan atau menjijikkan jika membantu mereka yang memerlukan ?
Dunia blog adalah dunia ilmu .. Tergila gilakan trafik sebenarnya adalah satu cabaran seperti mana dalam bidang perniagaan .. Satu cabaran .. Bagaimana nak mendapatkan trafik yang tinggi.. Belajar dan mengkaji .. Trafik itu pembaca .. Pembaca yang singgah ke blog kita lalu membaca kemudian pergi dengan membawa intipati yang ada walaupun sebesar kuman..
Apakah keseronokkan yang dapat dengan mengkritik mereka dengan tiada sebarang info yang sepatutnya membantu mereka yang dikritik tu ? Kononnya kritikan pedas.. Cermin diri sebelum lemparkan kritikan pedas tu ...
Ok.. makan time.. Aku , malas nak amik tau mereka yang mengkritik aku dari jauh atau dekat .. Aku tau di mana aku... Bukan sombong tapi aku tau mereka tak senang dengan kehadiran aku.. apakah perlu aku pergi baru mereka puashati dan melenyap segala fitnah dan kekalutan ini ? Neh.. aku takkan mengundur diri ...