Soalan : Apakah keburukan orang yang bersikap dengki menurut hadis Nabi Muhammad s.a.w ?
Jawapan :
Orang yang dengki itu adalah musuh Allah.s.w.t dan ianya berlaku kerana sakit jiwa. Nabi Muhammad s.a.w pernah menjelaskan bahawa dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar.
Cara mengubati sakit dengki ini ialah mengikhlaskan segala perbuatan yang baik kerana Allah s.w.t semata mata.
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w memberi amaran tentang bahaya sifat hasad ini. Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Jaga jaga kamu dengan hasad.Sesungguhnya hasad itu memakan kebaikkan seperti mana api memakan kayu api. " ( Abu Daud.)
Nabi Muhammad s.a.w berkata dalam hasad hanya dibolehkan dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang dianugerahi al-Quran dan dia membacanya siang dan malam dan terhadap orang yang berharta lalu dia membelanjakannya ke arah kebaikkan siang dan malam (Muslim )
- dari buku Kemusykilan Ibadah ( semakan Dr. Fauzi Deraman)