BA : Adakalanya kita perasan kita lebih bagus dari yang lain .. tapi kita terlupa kita kurang dari aspek lain ..
Wah... dasat.. dasat.. nasib baik aku tua dah .. mari kita tengok.. apakah 4 itu ?
1 - Benarkan polis periksa telefon bimbit elak remaja simpan bahan lucah pendapat aku : ada kelemahan disini .. Ini akan mengundang 'peras ugut' secara halus terhadap remaja tersebut jika terjumpa gambar atau video yg lucah. Rasuah akan bertambah .. Berapa kerat polis akan lepaskan atau bawak ke balai ? Kemudian akan buat tindakan susulan seperti memanggil penjaga atau ibu bapa remaja tersebut .. Jika dilepaskan , samada amaran diberikan atau sebaliknya .. Kemudian rajinkah mereka untuk buat laporan ?
Rampas telefon berkenaan ? Adakah polis tersebut akan laporkan di balai ? atau sebaliknya ?
2 - Kuatkuasa peratusan halang remaja bawah 18 tahun keluar rumah selepas 12 malam
pendapat aku : yang ni aku setuju ... duk diam kat umah..baca buku ..
3 - Sekat laman web lucah , kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral
pendapat aku : patut lama dah buat
4 - Perlaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah
pendapat aku : terapkan nilai nilai agama yang lebih mendalam ... jgn sekadar mengajar , kena beri contoh ..
Aku nak bagi syor lagi boleh ??
1 - kuatkuasakan undang undang ISLAM terhadap umat ISLAM seperti solat , aurat dsbnya ..
2 - remaja bawah 18 tahun tidak dibenarkan berdating atau jalan berdua duaan .. ;)
3 - asingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah sekolah .. Aku tak nampak sebarang kelemahan disitu kerana aku membesar di sekolah yang mana pelajarnya hanyalah lelaki.. percampuran membuatkan masalah seks ini timbul ..
4 - Cerita cerita di tv mahupun di panggung perlu lebih ketat..
Tu jer... sekadar pendapat aku di pagi buta ini yang masih belum bersarapan .. hehe..jgn mara aaa
BA : Jgn sekadar pada remaja !