Soalan :
SAYA berumur 36 tahun dan sudah mengikat rahim ketika saya melahirkan anak ketiga pada umur 30 tahun.
Saya tidak tahu kaedah apa yang digunakan dan juga tidak tercatat di rekod kelahiran.
Saya mempunyai tiga anak dan ketiga-tiganya dilahirkan secara Caesarean.
Saya diberitahu doktor di tempat saya melahirkan anak yang saya masih boleh hamil dan melahirkan anak sehingga anak keenam walaupun sudah tiga kali melakukan Caesarean.
Adakah saya masih boleh membuka ikatan saya dan hamil semula? Sekiranya boleh, bolehkah saya melahirkan anak kembar?
SU
Ipoh, Perak
Jawapan dari Pakar Sakit Puan , Dr. Adilah Ahmat
TIADA istilah mengikat rahim bagi mencegah kehamilan, istilah sebenar adalah mengikat tiub fallopio kanan dan kiri.
Memandangkan doktor yang membedah anda memberitahu anda boleh hamil lagi, berkemungkinan anda sebenarnya tidak menjalani prosedur mengikat tiub fallopio sebelum ini.
Istilah mengikat juga sebenarnya bukan mengikat saja. Sewaktu prosedur ini, sebahagian atau keseluruhan tiub fallopio dibuang sehingga tiada kesinambungan di antara penghujung tiub dan pangkalnya lagi.
Selain itu, memandangkan pangkal yang dipotong itu juga diikat (bagi menghentikan pendarahan), prosedur ini menutup laluan tiub itu sebelum parut terbentuk sewaktu proses penyembuhan.
Anda boleh menjalani ujian HSG secara sinaran-x untuk memastikan sama ada tiub fallopio anda sudah dipotong serta baki panjang yang tinggal. Lebih sesuai lagi, eloklah anda mendapatkan laporan daripada doktor yang menjalankan pembedahan terakhir itu.
Pasangan berhak membuat keputusan sama ada ingin hamil lagi walaupun setelah tiga kali menjalani pembedahan Caesarean. Namun biarlah setelah mendapatkan penerangan doktor mengenai kemungkinan risiko yang akan dialami terhadap ibu dan kandungannya.
Keutuhan parut pada dinding rahim menjadi isu utama kerana jika parut atau belahan ini koyak (ia juga boleh koyak lebih awal walaupun sebelum sakit bersalin), ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman yang serius dalam tempoh sekejap saja serta membahayakan nyawa ibu dan kandungannya.
Kehamilan kembar juga elok dielakkan selepas kelahiran Caesarean kerana dikhuatiri saiz rahim yang membesar ini menimbulkan kesan yang sama terhadap parut dinding rahim itu.
sumber : Hmetro