Ni baru sikit ... ada lagi banyak dlm blognya ... kalau berminat nak tengok .. tengok jer, bukan kena bayar pon ... hehe.. g la jengok ..kot kot leh buat hantaran atau .. ehem.. hadiah ke.. kan kan.. Kain songket yang tidak panas, tidak mengecut, tidak meregang, tidak pecah dan pelbagai masalah lain yang sering didengar dari produk lain di pasaran.
mai singgah >> KASHFEE ANGGUN
Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.
Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.
Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;
1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh –bukan lemah seperti saya- dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.
2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.
3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam’ itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.
4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.
5. Kata Abdullah bin Mas’ud:
“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.
6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.
7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).
8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).
9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:
“Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).
Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.
11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?
12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:
“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).
Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.
Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
Kadang kadang kita nak je hangin bila tengok atau terbaca mereka yang tuli pasal agama kita , terang terang menghina .. siap kutuk dan mengeji .. Hangin satu badan kan ? Tapi kita nak salahkan mereka , kadang kadang rasa tak patut .. sbb mmg dah diorg tak tau apa apa yang baru baca satu helai mukasurat dah terus buat kesimpulan .. Terus jerit kata bohong ..
Tapi bila tengok atau terbaca saudara seagama kita yang terang terang seperti menghina agama sendiri , camana ? Contoh ? Banyak kan ? Puasa .. diwajibkan keatas mereka yang sihat agar berpuasa ... Solat .. begitu juga .. 5 kali sehari ... tak kira sihat atau tidak , wajib keatas kita agar mendirikan solat .. Sapa yang suruh semua ni ? Manusiakah ? Undang undangkah ?
Apa perasaan korang bila ada kawan korang terang terang tak berpuasa .. makan depan korang ? Pastu leh ketawa riang gitu ? Dia hina sapa sebenarnya ? Agama ? Diri sendiri ?
Di bulan Ramadhan ni .. nak suruh tutup aurat pon susah .. kalau tak nak pon , hormat orang lain .. Ni siap pakai sendat sendat atas bawah , camana ? Nak tegur ? hahaha... Pasti akan ada di maki kat situ .. Ko sapa ?? Mak bapak aku pon tak kisah ? atau , Ko sapa ? Mufti ? Ustaz ? Pak Imam ? Apakah diorng je ke boleh nasihatkan kita ??
Nak marah ? Nak pukul ? Kita doakan agar mereka dan kita semua diberikan kekuatan dan juga hidayah agar tidak terpesong dariNYa ..

" hari ni saye baru knl en. ben dri post kwn saye.trs terjah blog en. ben,byk jugak saye bace.bgs la en. ben ni,saye respek org macam ni,byk idea dan berani meluahkan,xkesah la care ape pon.so congratz skli lg.
ps:saye jd follower hantu je,xreti nk buat blog2 ni,haha "
Aku bukan seorang selebriti .. bukan novelis dan jauh sekali orang nak kenal .. tapi bila aku berblog untuk suka suka disamping menjana pendapatan sampingan ( rezeki dah depan mata ) , ada yang menghargai sudah pasti aku amat terharu ...
Diatas tu antara komen yang baru aku terima di FACEBOOK ... lelaki komen yer .. Terima kasih .. Aku cuba yang terbaik untuk berblog secara jujur .. yelah , kadang kadang terpaksa jaga sedikit cara kita agar takde pihak yang terguris hati ..
Bagi blog aku ni , aku nak segalanya ada di dalamnya .. tamo giler giler sangat .. kadang kadang aku nak ajak pembaca berfikir ... kadang kadang aku nak sama sama tersenyum dan kadang kadang aku nak sama sama merasa rendah diri ...
Yup .. ada pastinya entri aku kadang kadang menguris hati pembaca tapi percayalah semua itu tidak disengajakan .. apa pun , jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog ini ..
BA : Yang penting , hepi ...

APA KATA JUTAWAN INTERNET INI
" Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia menggunakan internet sama ada untuk mencari kerja atau meninjau peluang bisnes internet khususnya yang berkonsepkan "home based business" atau "online business" untuk mencari duit tambahan bagi menampung kos perbelanjaan yg semakin meningkat ketika ini."
Berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut ? Jom klik sini
Video penuh cermah Benjamin di sebuah gereja di Kuching yang menghina agama Islam...dengan fakta2 yang SALAH mengenai Islam.
Aiseyman ... menda kecik je la bro ... Kata along angah ?? Ni tercuit skit je , abis amuk satu rumah .. Kata ada meja bulat ? Meh la duduk dulu sambil tunggu waktu berbuka .. baru la layan borak sambil pekena steamboat .. kan ? Air bandung cincau pon sodap ...
Kalau along buat salah , boleh pulak angah wat dek .. bukan tak terasa tapi beralah .. Ni bila angah lak ikut prosedur , along tk puashati .. camana ni Along ? Takkan sebab along tu besar , angah kena takut ? Menda kecik je along .. beralah je la...
Bila syarikat along dalam kesusahan , angah gak datang bantu .. tak pulak suruh ucap terima kasih secara terbuka .. Angah tak kisah .. sama la gak ngan si aiman .. dia lama dah tak kisah .. Skang angah lak ikut perangai aiman .. Along pon kena la gitu ..
Apa pun ,buat la siasatan dulu .. tak payah nak amuk amuk dulu yer ... lainlah kalu nak putus sahabat .. Berdosa tau .. saudara seagama .. tak baikkk..

Juga info dari majalah APO .... gambar dari google .. hehe..
Gunung Roraima ialah sebuah gunung yang rata kemuncaknya yang sebenrnya terletak di tiga buah negara sekaligus iaitu , Venezuela , Guyana dan juga Brazil . Para pelancong boleh sampai sehingga ke puncaknya dengan bantuan tangga semulajadi yang telah terbina sejak bertahun tahun lamanya .
Menakjubkan bukan ? hehehe .. Nak g jauh kan .. kalau kat Negeri Sembilan ke Melaka ke , best la gak .. huhu
Yup .. maklumat yang aku jumpa dalam majalah APO lantas aku google dalam internet untuk mencari fakta dan gambar yang lain ..
Menurutnya , aisberg ini terletak di benua Antartika dan dikatakan aisberg yang paling besar di dunia .Ia dikatakan lebih besar dari saiz negara Jamaica dan telah terbentuk lebih kurang 10 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2000 ..
Tu kata dia la.. kalau nak tau lagi , silalah google .. :)

Dua budak lelaki sedang lepak kat sebuah taman sementara menunggu waktu berbuka .. Bukan lepak kosong ni , tapi kat tangan ada laptop.. Pergh... sambil blogwalking tu...
Si A ni bertanya la pada kawan dia ni , si B .. " Ko nak berbuka apa karang ?? " .. Si B ni jawap la dengan mata dok pandang laptop .. " Kat umah aku ada murtabak diraja .. hehe..kakak aku kirim dari kelantan. " .. " Huih .. dengar kata murtabak tu sedap kan ? Boleh la aku rasa skit eh ? " . Si A cuba mengecek si B .. " Boleh je , besar tu.. takkan abis aku makan sorang .. Lagipon besar pahalanya berkongsi makanan waktu berbuka ni .. "
Si B ni bertanya pada si A pulak apa yang dia beli untuk berbuka .. Dia jawap , ala.. biasa jer .. Ayam Kenny Rogers jer .. tu pon amik yang kecik sekali.. Cukuplah untuk dia seorang ... Hehe.. Saja nak berjimat la katanya ...
Si B tersenyum jer ... Biasalah manusia ni .. Yang orang punya dia mintak .. Yang sendiri punya , sorok .. Tak nak berkongsi.. kira nak makan sorang je la ... tak kisah la kan .. hak dia tapi kalau begitu punya perangai , janganlah mintak orang punya ... Kalau nak mintak jugak , reti retilah menghulur .. Jangan sedap menelan je ..Orang berbudi , kita berbahasa...
BA : Tgk kiri kanan sebelum melintas ..

Blackout lagi .. nasib baik bulan puasa .. takde momok ..huhuh.. acah je .. bukan takut .. segan ... segan sbb nanti dia tunjuk muka 'hensem' dia cam ni .. nak tengok contoh tak ?? haha.. tak yah la ek.. kang korang pengsan ..
Nak tak nak , aku kena turun bawah untuk punch ... Penat neh... bukan dekat nak turun .. tingkat 23 ke tingkat 6 .. tingkat 6 tu mm2h unit imigresen .. kira suku sakat la ... masa g tadi pon , diorng dok bersantai ... layan Selamat Pagi Malaysia .. Yelah , awal lagi kan .. baru kul berapa .. waktu pejabat beroperasi pon jam 8 ... hehe.. ikut time tuuuu ... hahah..
Jap lagi meeting .. aku tak terlibat la... cuma kena pasang projektor n lcd jer .. big boss nak guna .. huarghhhhhhhhh... ngantuk ... tidur puas dah neh ...
Selangor cuti eh.. best tul.. pastu selasa cuti lagi ..huwaaa.... kalau amik cuti isnin tu , leh balik kampung tu .. nak g bercuti time puasa ni , penat jer .. KL pasti jammed kalau diorg semua yang bercuti tu pakat serbu ... Huih ...
BA : nak sambar levi's sehelai untuk raya ...