Baju baru ni .. baru masuk ... Harga? Kena tanya tuan kedai di > sini
JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.
Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.
Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.
Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.
Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.
Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.
Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.
Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.
“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya. - BHARIAN
Salam .. selamat pagi ..
Sakit tekak .. itu yang aku alami sesedarnya aku dari tidur.. Rasa nak demam pon ada .. cam mengigil gak ni.. Walaupun tidur aku cukup 6 jam tapi aku tak rasa tidur aku berkualiti .. asyik terjaga jer.. Pada mulanya panas ... pastu sejuk pulak.. Tak sedar hujan pagi tadi ..
Kerja pulak ari ni aku rasakan pasti amat banyak .. Bila dah banyak , blog pon pastinya diketepikan dulu ..Wajib tu.. utamakan yang patut diutamakan ..
Alhamdulillah , skang ni aku tak perlu terkejar kejar lagi g opis .. Nak kena bangun seawal 5 pagi ... sbbnya skang aku dah masuk kul 830.. maka aku boleh bangun dalam 6 lebih.. ok la kan ? hehe
G opis pon takde dah nak ternguap nguap .. cool jer .. hehehe... Cuma LRT tu pasti sesak .. ramai orang ... apa nak buat .. kerajaan galakkan guna pengangkutan awam .. guna je la kan ?
Best ke guna pengangkutan awam ? Ok la gak.. perjalanan terurus... dah tau kul berapa ERL datang .. LRT .. segalanya teratur.. kita yang kena disiplin.. tepat pada waktunya .. Tak perlu risau tentang parking .. minyak kereta ..atau nak maki hamum kereta kat depan atau kat tepi.. heheh.. pagi pagi dah kumpul dosa ... Tapi , ye la .. ada jugak kelemahannya ... tu sudah pasti ..
Apa pun , kita mulakan pagi ini dengan senyuman dan berfikiran positif... Erm... nak makan apa ek pagi ni ...
Maaf .. bukan entri nak tunjuk menunjuk .. sekadar entri penghargaan buat mereka yang sudi meletakkan link blog aku di blog mereka .. Tak tinggi langsung trafik ni yer.. Jadi , jangan terasa hati.. :) ..
Di dalam rekod Google Analytics , terdapat 1,396 sumber trafik aku .. termasuk juga link di dalam blog-blog ... Terima kasih .. Terima kasih ..
Satu pencapaian yang bagi aku ... erm.. aku tak sangka langsung .. setahun berblog dan link blog aku dah seramai tu.. Serius , aku tak sangka langsung . Maklumlah , aku ni bukan celebriiti atau orang yang dikenali ..
Ini bermakna .. kalau aku boleh... korang pon boleh , kan ?? Aku tak maksudkan aku dah berjaya ... Bukan bukan .. aku belum lagi berjaya .. sebesar kuman pon tidak langsung .. Cuma pencapaian aku ni , aku sendiri bangga .. Itu jer ..
Entahlah ... kadang kadang , aku tak nak cerita semua ni .. MALAS ! Akan mengundang rasa tidak puashati pada sesetengah pembaca.. Persoalannya , kenapa nak timbul rasa tak senang tu ? Aku bukan jerit kata aku ni popular ?? Aku bukan jerit kata , aku ni bagus ?? Aku cuma nak kongsi.. kongsi apa yang aku rasa .. rasa yang mana aku rasa korang patut jugak rasa ..
Aku nak cerita apa lagi dalam ni ? Orang meluat kalau aku dok cerita kehidupan aku.. aku bukan artis ! Orang meluat aku dok copy paste artikal berita .. Kalau aku tak buat gitu , ada pembaca yang tak tau ? Sbb ada yang tak rajin nak masuk berita online .. Kalau dah terpapar sewaktu diorng berjalan jalan ,pastinya diorng singgah dan baca .. secara tak langsung , maklumat tu tersebar .. kan ?
Tujuan blog juga adalah untuk menyebarkan maklumat .. bukan sekadar dok bercerita begitu begini .. Bagi aku , lebih selamat ambil bulat bulat dari buat analisa sendiri .. Mana tau , salah buat tafsiran , mau kena panggil ke balai .. Malas aku nak susahkan diri aku weh.. Sesekali boleh la.. bila isu isu penting yang melibatkan negara , agama ... nasihat aku , jangan memandai ..
Selain tu , nak cerita apa ??? Sukan ?? Ok jer ..tapi pastikan yang buat ulasan tu , mahir selok belok bab sukan .. jangan main sedap ulas ..
Politk ? Ni bermain dengan api .. Aku tak berminat .. hehehe ..
Hiburan ?? Sesekali boleh la join .. saja dok main tepi tepi jer .. Kalau nak ari ari dok cerita pasal artis , minta maaf la.. tak berminat..
Agama ? Erk..tak layak langsung ... heheh..
Dah tu ?? Argh.. apa susah .. baca je apa yang blogger tu tulis.. tak suka , pangkah je .. tak susah kan ? tak perlu la nak perli .. kutuk sana sini .. mudah jer ..
Kalau rasa nak menulis , buat je blog sendiri .. haa.. tulis je apa nak tulis .. kan ? Tak de sapa nak marah ...
Wallahua'lam ..
Lelaki minum arak ? Nampak machokah ? Bestkah ? Sah sah yang minum arak ni , tak solat .. kan ? Dah la tak solat , minum arak .. Lain dari tu ?? Hanya Allah Maha Mengetahui..
Kalau bujang tu , nasib baik la kan .. Kalau dapat suami yang kaki arak ?? Camana ? Haih .. Balik rumah jer mesti nak mabuk .. hurm .. Entahlah .. aku tak de pengalaman dalam bidang ni .. Cuma tau dari rakan rakan yang pernah terjebak dengan air kencing syaitan ni..
Aku budak kota .. Membesar dengan hiruk pikuk kota .. Bohonglah aku jika tak pernah masuk disko / pub .. Tapi serius .. kalau aku masuk pon , berapa lama sangat aku boleh tahan ?
Paling lama , 10 minit .. pastu aku pasti pening .. bau arak .. bau asap rokok .. Bayangkan 10 minit tu pon dah boleh melekat bau bau tu kat bau .. pergh.. busuk !!!
Kenapa aku masuk ? Aku ikut member aku .. saja nak tau apa yang membuatkan diorng g sana tiap tiap hujung minggu .. Diorng kata best .. Bila g jer .. hurm ... nyesal ..Tang mana best pon tak tau ..
Dengan lagu yang berdentam dentum .. bingit telinga .. tengok perempuan perempuan yang sebangsa seagama aku dalam pelukan lelaki lelaki yang pastinya bukan muhrimnya membuatkan aku bertambah meluat ! Murahnyaa ... haih ..
Kalau ditanya semula pada aku .. Ben , kalau diulangi masa yang lampau , adakah kau nak masuk disko lagi ?
Maka jawapan aku , yer .. aku akan masuk ... Kalau aku tak masuk , aku tak tau betapa aku ini masih lagi mempunyai kekuatan untuk tidak tergoda dek ajakan syaitan agar terjebak dengan arak mahupun maksiat ...
Adeh .. entahlah ... Kalau tak kuat iman dan juga pengetahuan , sahih boleh tersesat dalam tu... Bagi yang tak pasti dengan diri sendiri , nasihat aku .. jauhi dari tempat tempat ..
Dan bagi mereka yang join dan minum tu .. tolong jangan pengaruhi rakan rakan anda yang lain .. Kesian kat diorng ...
Lagenda Budak Setan ... hurm .. aku cuba mengingati kembali novel ni .. aku pasti aku pernah membacanya sbb aku antara mereka yang minat tulisan Ahadiat ..
Adus... sakit kepala aku ni .. kalau nak suruh aku baca semula novel tu , pasti aku malas .. Bukan malas nak baca tapi tak larat nak ketagih.. Aku dulu giler baca novel.. Siap buat koleksi dan tukar tukar ngan jiran sebelah rumah .. hahaha ..
Em... skang dok tengok balik siri Lagenda Budak Setan .. jangan aku terjebak dah .. Kalau terjebak , haih... kalau perempuan .. jangan diubah langsung siaran tu walaupun iklan !!
Em... bila dah tengok ... ok gak cerita ni... boleh lawan sinetron dari Indonesia mahupun Korea .. hehe.. bagi aku la..
Hurm.. patah hati sungguh si Shah tu ... Shah kan nama dia ? Hehe.. Masih ada lelaki yang patah hati sampai susah nak terima cinta lain .. huhu.. Bagi aku la.. rugi.. persiakan kehidupan ni dengan melarakan hati .. hehe... hidup sekali je beb.. nikmati selagi boleh.. asalkan tidak melebihi batas agama .. kan kan ?
Huih... lagi sinetron popular di Indonesia , di kaca tv kita .. Menarikkah ? Belum lagi aku tonton.. hehe... kalau aku tengok ,sah sah aku terjebak ..
Safa dan Marwah .. tengok trailer dia pon cam best ... Dilakonkan oleh Nikita Willy sebagai Safa , Risty Tagor sebagai Marwah , Rionaldo Stockhorst sebagai Ilham / Rio , Christian Sugiono sebagai Farid , Citra Kirana sebagai Atikah , Melody Prima sebagai Eva , Riza Shahab sebagai Adil dan ramai lagi ..
Mengisahkan Marwah (Risty Tagor) adalah seorang gadis cantik, agak tomboy tetapi baik hati. Ia tinggal bersama ibunya, Siti (Mieke Amalia), di desa nelayan. Marwah tidak pernah menyadari kalau Siti bukanlah ibu kandungnya. Yang ia tahu adalah Marwah ingin membantu ibunya menemukan adiknya, anak Siti yang selalu dirindukan oleh Siti. (wikipedia )
Sedikit intro je di situ yer .. hehe ..
Nanti ada masa , layan la kot .. hehe ...
Bertembung dengan seorang lelaki tadi di stesen LRT .. muda dan segak lagi .. memegang sticker bertulisan ayat Al-quran serta tasbih ..
Dia nampak je aku terus dia menerpa .. Lalu dikata seperti tajuk tu haa.. Derma ke jual ? Nak je aku bagi duit syiling yang ada dalam poket aku nih.. tapi kang sah sah dia marah .. kalau dia sediakan tabung derm , lain la ..
Mudahnya .. sticker bertulisan ayat Al-Quran digunakan untuk mengutip derma. . Adakah ayat Al-Quran sesuai digunakan untuk mengutip derma apatah lagi untuk dirii sendiri ? Kalau tisu tu sesuai lagi la ..
Kalau aku derma tapi mengikut keikhlasan aku , aku pasti kena maki .. yelah paling banyak pon mesti RM1 ... bukan tak pernah kena dulu ... Serba salah kan ? Kalau lebih lebih , aku pon nak .. pacak kat situ je.. orang datang , terus mintak derma .. tak payah susah susah g kerja.. tensen sana sini .. kan ?
Hurm .. entahlah ..banyak sangat jalan mudah nak cari rezeki tapi kalau ye pon jgn laaaa gunakan agama untuk kepentingan peribadi .. Banyak cara lagi ..
Jentera pilihan raya jangan masuk Galas - Orang Asli
KOTA BHARU 5 Okt. - Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi.
Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey berkata, jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen nanti.
"Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.
Pandak berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi menyuarakan masalah dan aspirasi masyarakat itu pada pilihan raya kecil itu. - Bernama
- Utusan -
Kata BEN : Tu diaaa... hehehe... Apa kata BN pulak ??
KOTA BHARU 5 Okt. - Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan khidmat pesanan ringkas (sms) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand.
Laporan dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota, Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.
Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata, beliau menerima satu SMS daripada individu yang tidak dikenali pada pukul 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.
Katanya, sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan
(Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.
“Minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini.
“Marilah kita berdoa semoga Sultan Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk
berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."
Selain sms itu, katanya, beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?' - Bernama
sumber : UTUSAN
Kata BEN : Huih... takkan sampai gitu sekali kot ???? Adeh...