SEJUMLAH 10,000 bungkusan dadah seberat 105 tan, yang dianggarkan bernilai lebih dari AS$340 juta, di pasaran Amerika, dirampas askar Mexico, hari ini. Rampasan di daerah termiskin Tijuana, sempadan San Diego, California, merupakan rampasan terbesar melibatkan 11 pengedar berjaya ditahan. - Foto AP
TIJUANA, Mexico: Pihak keselamatan Mexico merampas 105 tan marijuana di bandar sempadan Tijuana selepas pertempuran dengan penyeludup dadah.
Menurut pihak tentera, rampasan itu adalah yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.
sumber :BHARIAN
BANDARAYA MEXICO: Lapan belas orang rentung apabila sebuah bas melanggar sebuah trak, menyebabkan ia terbalik sebelum terbakar dalam kejadian di tengah Mexico, semalam.
Dalam kejadian itu, bas berkenaan dilaporkan gagal dikawal lalu melanggar trak membawa pasir sebelum terbalik.
Semua 16 penumpang bas terbunuh, termasuk pemandu bas dan trak, kata Adrian Casares, pegawai Agensi Pelindungan Awam di Wilayah Queretaro.
Ketika kejadian, bas berkenaan dari Bandaraya Mexico ke Wilayah Zacatecas, yang terletak kira-kira 600 kilometer ke utara. - AFP
sumber : BHARIAN
Maaf.. aku bukan nak menunjuk tapi aku nak beritahu pada mereka yang dapat buffered earnings ni .. Sebenarnya ramai tak perasan , satu BE saja mampu capai beratus ratus malah ribu ringgit !
Apa yang perlu korang buat ialah , tingkatkan trafik korang .. Bagaimana ? Banyak cara yang korang boleh buat dan aku rasa korang pon dah tau kan ? Blogwalking , SEO , rajin update dan banyak lagi ..
Sebenarnya jumlah yang aku tunjuk ini adalah sedikit jika nak dibanding mereka yg mampu mengutip ratus ribu UV dan PV sebulan.. Bayangkan jika ada 5 BE yang sedang running di blog anda ! Pergh.. hujung tahun adalah bonus buat anda .. hehehe.. shopping timeeee
Selamat pagi .. hurm .. masih terasa sengal sengal badan ..penat 4 hari PUTRAJAYA - KELANTAN - TERENGGANU - PUTRAJAYA belum lagi ilang ..
Ni wife ajak turun makan lak .. huarghh..ikut hati nak je sambung tidur ... huhu...ngantukk..
Yeker aku tak ?? Huhu.. silap tu.. aku mmg gemar blogwalking cuma aku tak tinggalkan jejak .. Kebanyakkan blog yang aku akan masuk ialah blog blog baru .. Idea mereka fresh ... Cerita pon masih dalam keadaan ikhlas .. Kira tak de nak coverline gitu la nak dibandingkan dengan blogger blogger lama yang kebanyakkannya membuat entri yg mesra SEO ... heheh .. pendapat aku yer..
Dah tu , kenapa aku tak komen ??? Ada yang aku komen dan ada yang tidak ..Bila perlu , aku akan komen ... dan rasanya tidak , aku biarkan saja ianya berlalu .. Aku tak nak komen sekiranya tidak ikhlas dari aku .. Antara komen yang bagi aku tak ikhlas .. erk... apa ek ?? Aku rasa .. korang tau kan .. hehe.. jadi jangan dipanjangkan.. kang ada je orang nak kata 'itu pon nak jadi isu ke ??? ' .
Satu sebab lagi aku tak nak tinggalkan komen samada di blog aku sendiri atau blog orang lain ialah , mencari lubang kesilapan .. Ada yang gemar menunggu masa je blogger tersilap komen .. Padahal , dia tak faham maksud komen tu .. maka terus dijadikan satu perdebatan yang takde faedah langsung .. Bagi aku , itu dah membuang masa !
Maka , aku adalah silent reader blog korang .. hehehe.. mana mana blog yang aku follow , mmg aku check dalam blogger buzz .. dan juga dalam bloglist aku .. aku akan masuk dan baca ..
Hurm .. ada banyak komen terutamanya jika melibatkan nama BEN ASHAARI ... pergh.. kalau tak tahan , mmg jari ni nak je menjawab kat situ tapi pengalaman mematangkan aku.. BIARKAN SAJA !
Ada beza antara dewasa dan budak budak .. Ada beza antara ikhlas dan sinis .. Itulah yang akan kita jumpa bila masuk ke blog blog baru ni... Ada yang tak tahan dan ada yang letak jawatan .. hehehe..
Mmg mencabar dunia blog ni .. mcm masuk ke sekolah baru .. nak suai kenal.. pastu kenal ngan otai kelas .. huhu.. macam macam laa... samada tahan atau tidak jer ...kan kan ?
Hurm... malam ni dan sampai jumaat , aku akan tidur di Hotel Traders .. hehe.. FOC okehh .. lalalala.. kenapa ??? Erk.. tak leh jawab.. huhu ..
Bilik dia kat sini .. hurmm..memuaskan sangat la... hehehe ... KLCC depan aku je neh.. hehehe.. pe lagi kan ?? Esok g shopping ar situ .. ahaks.. lalala ..
Aku cuti lagi la... ;) Takkan nak lepaskan peluang FOC neh...
Ahmad : Nampaknya ada kampung baru di sebelah kampung kita kan , Tuk Ketua ..
Ketua Kampung : Begitulah nampaknya.Makin meriah kawasan kita ini . Sudah pasti kita perlukan jalan penghubung bagi kedua kampung ini.Tapi kalau nak mohon kat kerajaan negeri , entah bila baru boleh dapat .
Ali : Ala.. biar je la diorng tu .. kalau diorg nak ke kampung kita ni , guna je la sampan tu ha.. Dulu kita boleh , takkan la diorang tak boleh kan ?
Ahmad : Eh , mana boleh gitu .. walaupun kita pernah susah dulu tapi kita jangan la bagi orang lain merasa kepayahan kita .. Kita dah tau betapa peritnya nak ke pekan dengan perahu tu , kita jgn bagi jiran kita merasainya.. kan Tuk Ketua ?
Ketua Kampung : Benar tu Ahmad .. Ali , cukuplah apa yang kita rasa dulu .. Skang kita kena ikhtiarkan sesuatu..
Ahmad : Apa kata kita bergotong royong membina jambatan , Tuk Ketua ?
Ali : Apa ? Jambatan ?? hahhaha.. tak payah laa... kang tak sampai sejam , dah runtuh ! Hahaha..
Ketua Kampung : Ali , kamu ni berfikiran negatif betul la.. Kita bina pon belum tapi dah fikir yang bukan bukan .. Kita mintaklah pertolongan dari pihak kerajaan negeri untuk menyediakan pakar bagi membina jambatan sementara menunggu jalanraya bagi menghubungkan kedua kampung ini nanti .
Ahmad : Benar tu tuk ketua.. Saya setuju sangat la tu .. hurm.. tak lama lagi , kita pasti mempunyai ramai lagi kawan baru . Disamping itu kita pasti dapat meluaskan lagi perniagaan kita . Waah... biar susah dahulu kan Tuk Ketua ?
Ketua Kampung : Benar tu .. Yang penting adalah kerjasama . Kita perlukan pendapat dan juga cadangan bagi memajukan lagi kampung ini . Bukan kejian atau kritikan . Jika kritikan disusuli dengan idea atau pendapat lain , tak pe la juga tapi ni tidak .. Pandai je mengkritik tapi tak bagi buah fikiran .. Camana la orang kita nak maju ..
Ali : .....
Ahmad : Sokong tuk Ketua... Mmg patut kerajaan naikkan elaun ketua kampung ! hahahah...