dari DRMAZA.COM untuk pengetahuan bersama ..
Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.
Saifuddin, Johor.
Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Ni la yang terjadi bila mereka yang 'pandai memandai' nak mengubah dunia fesyen ISLAM ala kononnya penuh dengan ciri ciri keISLAMan .. Akhirnya jadi cam biawak dipakaikan baju ..
Skit je ni... ada lagi.. kalau nak tau sapa orang kuat semua ni.. meh masuk sini .. menarik gitu .. > sini
Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin
• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi
FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX
* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan
* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur
* Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok
DETOX FOOT PATCH
Jun Gong Regular Detox Patch
Ramuan herbanya bertindak menyah toksin dari tubuh dan meningkatkan sistem kekebalan, kecergasan dan memulihkan sistem tubuh. Berkesanan menyerap singkir racun toksin dalam tubuh, melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi, melegakan kesakitan GOUT, perbaiki edaran darah, mengurangkan alahan athma, menyembuh sakit kepala dan migrane, meningkatkan kecergasan, membantu tidur yang lena,mengurangkan tekanan stress, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan sistem imunisasi,mencegah badan dan kaki berbau, membantu menurunkan berat badan.
Jun Gong Detox Patch - GOLD Series
Ramuan herbanya secara asas bertindak menyah toksin dari tubuh. Pengeluar menyarankan Gold Series adalah efektif untuk penurunan berat badan selain mengatasi masalah keletihan, sakit kepala, penglihatan berlapis,peredaran darah, masalah kulit, stress,dll.. Packing yg kemas dan ekslusif.
PERHATIAN :
#PESAKIT JANTUNG TIDAK DIGALAKKAN MENGGUNAKAN DETOX FOOT PATCH,SILA REFER KPD DOKTOR ANDA DAHULU
# IBU MENGANDUNG ATAU IBU MENYUSUKAN ANAK TIDAK DI GALAKKAN MENGGUNAKANNYA
Berminat??????
Hubungi .... Ainz ( 013-3622261 )
Pernah dengan nama blog ni ? TOLAHAH ? Aku bagi contoh gambar gambar yang dia amik eh .. pergh.. meleleh aku tengok .. aku mmg suka amik gambar gambar gini.. tanpa diedit di photoshop !
dan ada banyak lagi ... Aku kira beruntung dpt berguru walaupun 5 minit dengannya.. Sedikit sebanyak dapat aku gunakan ilmu tu untuk aku nanti.. hehehe..
Bagi mereka yang berminat nak belajar mengenai fotografi ni , bolehlah singgah ke blognya ... TOLAHAH.COM .. Pasti tidak mengecewakan ..
Aku rasa la kan .. pe kata kita buat sessi suai kenal.. hehe.. ada tak blogger yang baru kat sini ? Maksud aku .. yang lalulalang kat blog aku ni ?
Blogger baru ni maksud aku , dalam sebulan dua ni baru lahir.. yang mana follower n trafik dia masih di bawah peringkat merangkak.. Kalau ada la kan , sila tinggalkan URL BLOG anda .. pastu , apa kata kita sama sama masuk n jadi rakan mereka.. Mana la tau , dengan kehadiran kita dapat meningkatkan lagi semangat menulis mereka , kan ?
Yelah , ni kira sessi suaikenal secara berkumpulan.. Apa kata ? Kalau berminat .. sila tinggalkan je url korang ... ;) dan sama sama kita g jengok.. tolong sebarkan agar lebih ramai kawan kita tau.. lagi ramai tau .. lagi ramai kawan baru kita.. kan ?
MELBOURNE 20 Okt. - Seorang hakim mengarah lelaki keluar dari sebuah mahkamah di Perth bagi membolehkan seorang saksi wanita memberi keterangan tanpa memakai tudung muka atau `niqab’.
Bagaimanapun larangan terhadap wartawan lelaki dan beberapa yang lain di galeri awam itu tidak melibatkan 19 lelaki, termasuk 12 juri yang terus dibenarkan berada dalam mahkamah daerah berkenaan semalam, demikian menurut laporan The Australia on line.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Tasneem, membuka tudung di bahagian mukanya ketika memberi keterangan menerusi sambungan video dari sebuah bilik lain di kompleks mahkamah berkenaan.
Organisasi media merayu kepada Hakim Shauna Deane supaya membenarkan wartawan lelaki berada dalam galeri mahkamah, namun ditolak.
Hanya lelaki yang ada kaitan dengan perbicaraan itu sahaja dibenarkan berada dalam kawasan itu, putus hakim berkenaan. - BERNAMA
UTUSAN ONLINE
Lubang yang dikorek adalah untuk diri sendiri ? Sepatutnya biarlah orang lain tolong korekkan .. kalau belum bersedia nak masuk , bolehlah kambus semula.. tapi kalau dah orang lain tolong korek tapi tak berminat nak kambus , maka tunggu je la masa untuk masuk .. kan ?
Tapi kalau sendiri dah korek lubang tu , maka mmg sendiri tunggu masa untuk masuk .. kan ? Kenapa nak marah orang lain sbb sendiri dah masuk dalam lubang tu ? Pelik bukan ? Haih..
Tak faham betul aku dengan sesetengah orang .. Hidup dah senang.. tenang.. tapi nak bikin onar.. Bila dah bikin onar tu , pandai pandai la tutup lubang.. kalau nak harap orang lain tutup lubang , kena gak tau , orang lain tu pon ada lubang sendiri nak ditutup ! Haiyo... mudah maa... sendiri makan , sendiri kenyang la bila bab ni.. Gembira sorang sorang , takkan nak tarik satu Malaysia menangis ramai ramai kot ???
MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terkejut selepas mengetahui penyerang Wayne Rooney dilaporkan tetap dengan pendiriannya mahu meninggalkan 'kelab terbaik dunia' itu.
Ferguson yang kelihatan tersentak dan berdiam beberapa minit pada sidang akhbar semalam, apabila mendapat tahu Rooney akan meninggalkan Old Trafford.
Apa yang jelas beliau tidak mampu memberitahu sebab penyerang England itu mengambil keputusan berkenaan.
"Kami tidak memahami mengapa dia mahu meninggalkan United," katanya ketika wartawan dingatkan agar soalan mengenai isu Rooney hanya dikemukakan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.
Lebih separuh daripada soalan tertumpu kepada Rooney, Ferguson akhirnya mengesahkan laporan bahawa Rooney tidak akan menandatangani kontrak baru bersama United.
Kontrak Rooney tamat pada 2012 dan perjanjian baru mengenainya sudah dibincangkan dengan Ketua Eksekutif kelab itu, David Gill pada 14 Ogos lalu.
"Ia mengejutkan kita. Saya tidak mempercayainya kerana pada perbincangan awal pada Mac lalu, dia (Rooney) mahu terus bersama United, dia mahu menandatangani kontrak sepanjang hayat kerana dia gembira bersama United," katanya. - Reuters
sumber : BHARIAN
Untuk pertama kali dalam hidup aku , kehidupan aku bermula di hotel utk ke pejabat ..Biasanya dari rumah la kan ? Hehe.. satu kenangan yang pastinya aku takkan lupa sampai bila bila..
Bermula hari aku di Hotel Traders yang dalam kawasan KLCC , seawal 630 pagi.. bersarapan (FOC) dengan wife dulu... makan je apa nak makan.. nasib baik pagi ! maka pilihan makanan aku agak terhad .. malas nak mengah pagi pagi .. huhu..
Kemudian , kena la jalan kaki ke KLCC untuk amik PUTRA ke Stsn LRT Masjid Jamek .. Huhu.. nasib baik dekat .. tapi berpeluh la jugak .
Dan akhirnya sampai ke PWTC ... Yang pastinya penuh dengan ahli ahli UMNO .. Alhamdulillah , sempurna sekali pagi aku tadi .. Cuma , bila jejak je kaki kat pejabat .. kepala kembali serabut .. hehe..biasa la kan ..
Tu la.. orang kata , tak baik pagi pagi 'angin' .. tapi nak buat camana .. Angin yang timbul pon bukan diinginkan.. tapi tak pe la.. biar je...
Tak pe.. kita biarkan hari ini berlalu begitu saja.. Yang pastinya , selepas waktu kerja nanti , aku nak laluinya dengan penuh bermakna.. Yearghhhhhhhhh...