Aku tak blogwalking tadi .. terus speeding .. Kira non stop action laa ke blog si Amoi sorang ni .. antara blogger yang dah lama aku kenal dan dah mencapai tahap 900 ribu HP .. Patut baca entri dia.. hehehe.. best best gitu..
Dlm entrinya tu menceritakan erk.. tentang segelintir lelaki tak guna !! Betui2.. aku sokong .. sokong woo... Mmg zaman skang ni agak ramai lelaki tak guna .. kan kan ?
Hurm... Kalau wujud LELAKI TAK GUNA , mesti wujud PEREMPUAN TAK GUNA juga bukan ? Apakah yang dikatakan PEREMPUAN TAK GUNA ni ?? Hurmmm... sebenarnya kan , kalau mengikut rekod perubatan , diantara lelaki dan perempuan , perempuanlah mempunyai satu jenis penyakit yang tak boleh berjangkit iaitu PHD .. Perasaan Hasad Dengki .. Maaf la yer... Tapi betul kan ?
Cuba tengok pagi pagi kat kedai makan .. Jumpa je geng , terus gossip maut .. Adaaaaa je cerita dia .. Pasti ditambah 'ajinamoto' bagi menyedapkan cerita .. Tak kira la apa jenis cerita bermula dari artis sampai la jiran sebelah rumah dia padahal dia tau kawan dia tu tak kenal pon sapa jiran sebelah si pencerita tu tapi dia main angguk je agar cerita tu jadi best.. Bila best , kawan tu pon cerita dengan penuh kesungguhan .. Patut jadi sutradara je orang cam ni ..
Paling menakutkan ialah , PHD ni boleh sampai ke tahap main bomoh !! Ni dah mmg bahaya ... Silap silap boleh sampai ke tahap maut ... Iskh..cukup bahaya tul penyakit ni pada perempuan ..
Kalau lelaki , PHD ni pastinya akan diselesaikan dengan cara jantan iaitu WWE ... Selagi belum ada yang tumbang , selagi tu la hitam dalam hati tu tak hilang ..
Tu belum masuk isu isu negara yang lain seperti CURANG , DERA , BUANG ANAK dan banyak lagi la ... Haih .. makin makin bertambah jenayah dalam negara ni... Tu pon ada yang tak dilaporkan lagi... Lelaki dan perempuan , dalam kes ni dua dua tak guna !!
Tapikan .. sebenarnya tak kira la lelaki ke perempuan ke .. mmg wujud spesis 'TAK GUNA ' ni ... tak guna nak kata laki la .. perempuan la... segalanya berbalik pada diri dan cara dia diasuh... bukan la nak salah mak bapak dia tapi jika persekitaran dia dah teruk , pastinya ianya mempengaruhi corak pembesaran kehidupan dia ..
Nak salahkan sapa ? Hurm.... Betul betul TAK GUNA !!