Korang pernah g Parcel E , Putrajaya tak ? Perasan tak situ penuh dengan kereta ? Penuh kan ? Nak parking pon susah ... Maka pihak bertanggungjawab pon buat la tempat letak kereta yang baek punya besar .. Kira selesa la ...
Tapi !!!! Ada jugak tuuu yang malas ! Serius .. Diorg kalau boleh , nak parking depan meja pejabat diorng agar bila nak balik nanti , selangkah je ke kereta .. haih...
Tempat letak kereta yang disediakan pon tak nak guna.. Hanya segelintir jer guna .. Ada pulak tu sanggup g parking depan pintu besar yang menghala ke dalam Parcel E tu.. camana tu ? Malas ke atau apa ?
Sikap ni kita boleh nampak di mana mana saja dalam Malaysia ni .. Apakah orang Malaysia ni malas berjalan kaki atau lebih dikenali sebagai senaman ataupon alasan terbaik mereka takut kereta hilang ??
Bagi mereka yang menggunakan alasan cukup dah bersenam waktu petang , ni mmg sah malas ! Bukan apa.. senaman bukan sekadar berseluar track dan berbaju t dengan bermain bola , jogging semata tetapi pergerakkan seharian yang betul juga boleh dikatakan senaman ..
Bagi alasan takut kereta kena curi pula , parking la kat mana mana walaupun depan rumah sekali pon ... kalau nak kena curi tu tetap kena curi .. Haih..
Maka .. tolong gunakan kemudahan awam yang disediakan selagi ianya percuma ! Kalau bayar setakat seringgit dua apa salahnya .. ada jugak orang tolong tengokkan kereta tu kan dari parking tak tentu hala dan menyusahkan orang ramai .. betul tak ?