Komen yang sedikit saja.. Bermula entri pertama aku bertajuk KEINSAFAN ke entri yang dapat sambutan hangat , BLOG PERLU DIDAFTARKAN , BLOG BEN ASHAARI DIJUAL dan banyak lagi ...
Apa yang aku buat ialah , menaip dan terus menaip tanpa rasa jemu .. Itu dari segi entri ..
Dari segi promosi blog , aku gunakan medium paling hangat dipasaran iaitu FACEBOOK .. Aku cipta KELAB BLOGGER -BEN ASHAARI .. Pada mulanya aku letak nama KELAB BLOGGER tapi bila ramai buat kelab masing masing , maka aku tambahkan di situ nama aku ..
Ada yang minta aku letak je KELAB BLOGGER dan buang nama BEN ASHAARI tu .. Persoalannya .. kenapa aku perlu berbuat demikian padahal aku sorang jer yang beria ria mempromosi , invite rakan rakan , buat segmen itu ini untuk menjual nama KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI ini ? Mmg ada rakan yang tolong tapi itu pon selepas aku minta mereka berbuat demikian dan terima kasih atas pertolongan itu .. Aku tak lupakan jasa korang ..
Jumlah terkini ahli KELAB BLOGGER BEN ASHAARI adalah 6,016
Kelab ini mendatangkan kebaikkan untuk semua blogger .. Disinilah dijadikan tempat post entri masing masing terutama buat blogger baru .. Ada gunanya juga kan ?
Lagi cara aku 'jual ' blog aku tu dengan gunakan 'mereka' yang gemar tagged aku di FACEBOOK.. Aku tinggalkan komen dan juga url blog aku .. hehe.. promosi jugak tu kan ? Apa lagi ek.. haaa... setiap hari aku akan tinggalkan ucapan harijadi kepada rakan rakan FB beserta url blog .. Tak lupa juga .. sms.. dalam sms aku , aku sertakan url blog ...
Mmg nampak murah cara promosi ini .. Jangan lupa , gedung kain terkenal di Malaysia , Jakel menggunakan pekerja pekerjanya memberi flyers di tepi jalan jer .. Habib Jewels.. dan banyak lgi.. cara itulah paling murah tapi berjaya ...
Sebab itulah aku kata , blogger kena kreatif .. kreatif dalam penulisan , promosi blog dan sebagainya .. Jangan terlalu bergantung sangat pada cara klasik walaupun cara klasik tu mendatangkan hasil.. Cuba pelbagai cara lain ..
Entri seperti ini dah aku buat sebelum ini tapi memandangkan ramai blogger baru , maka aku buat sekali lagi.. Bukan re-post yer.. aku taip baru .. huhuh..
Semoga berjaya yer..