Glamour ? Populariti ? Itu bukan yang aku cari dalam dunia blog ini .. Andai kata aku boleh undur semula , aku akan tetap bukak satu blog peribadi tapi takde gambar aku .. letak la gambar anak jiran ke... kucing dia ker ..
Kenapa ? Aku bukan kisah sangat apa orang nak tulis dalam blog dia lebih lagi bab bab kritikan .. lantak la.. dah sememangnya dunia manusia ni gini .. Ada rupa jadi bahan kutukan.. Tak de rupa pon jadi bahan kejian .. Dah tu camana ?
Dunia ni ada hitam dan putih .. Seimbang.. Ada dosa dan pahala ... Kat akhirat nanti pon ada .. Syurga dan neraka.. sila pilih yang paling terdahulu ... dosa dan pahala yang bakal menentukan syurga dan neraka ..
Kalau mereka dok fikir aku ini sedang mengejar glamour atau popular .. malangnya otak dia tu .. kalaulah dia belajar dengan rajin rajin dulu pastinya dia tak akan berfikirkan gitu .. Kenapa aku kata gitu ? Ok .. pernah tak korang terfikir , aku buat blog ni .. sapa sasaran aku eh ? takkan kawan kawan aku je ? Takkan aku asik nak blogwalking je ? Dah tu camana ?
Cuba fikir ... Peserta peserta AF tu.. korang rasa semua ada bakat ke? Apa yang membuatkan diorng naik ? Populariti ? Apa kaitan dengan populariti ? Orang pakat serbu mintak autograf ? Atau banyak job kat luar ? Bila ada job pastinya harga pon lain sbb populariti .. faham tak skang ? Semua ini adalah strategi pemasaran ! Takkan tak tau kot ? Simple jer neh ..
Entahlah .. aku pon sebenarnya sedang memikirkan masak masak untuk kali ke berapa tah ... nak tutup blog untuk selamanya.. segalanya.. FB , TWITTER dan blog .. dan kembali ke dunia realiti .. penat untuk melayan segalanya .. Bukan kecewa atau patah semangat.. tapi cukuplah sampai disini ...
Wallahualam.. biar masa menentukan segalanya...