Ala.. ni bukan tips untuk blog .. tapi tips untuk kesihatan yang aku terbaca di majalah RAPI edisi 15 nov 2010 ..
Ada beberapa info yang aku rasa patut aku kongsikan dengan kawan kawan di blog aku ni yang mana majoritinya perempuan .. lelaki pon boleh guna gak la.. cuma kebiasaan persoalan ini diajukan oleh orang perempuan ..
Untuk kawan kawan , aku taip semula .. bukan copy paste yer.. RAPI , pinjam info ni yer..
INFO 1 :
APAKAH SENAMAN TERBAIK UNTUK WANITA ?
Menurutnya berlari , berjalan atau menyertai kelas aerobik saja belum mencukupi.. Senaman terbaik untuk membakar lemak dan membentuk tubuh ialah latihan beban .. haaaaaaa.. jom ikut aku g gym.. hehehe.. sabaq sabaq.. lom abis lagi ..
Komposisi wanita dan lelaki berbeza bila melakukan latihan beban. Lahitan mengangkat berat bukan saja membantu anda membakar kalori tetapi juga memastikan metabolisme anda kekal sehingga 48 jam ! Betui weh.. aku ni kalau lepas g gym , peluh non stop action walaupun dah mandi woo.. tapi mmg feel... best je.. ok sambung .. Joging dan aerobik tidak mempunyai aksi begini ... Haaa.. sila dapatkan jurulatih bertauliah .. Sapa nak aku jadi coach ? Bersedia jadi Arnold Susahnakeja yer ..
INFO 2 :
SENAMAN YANG SEDERHANA BOLEH MELAWAN KANSER
Saintis daripada WORLD CANCER RESEARCH FUND ( WCRF ) menyatakan senaman ringan kira kira 45 minit sehari sudah mampu menghentikan kira kira 5500 kes kanser payudara yg terjadi di Britain untuk kadar tahunan .. Haaaa.... tu laa.. aku cakap korang tak caya.. bersenam .. bersenam ... dapat kurus dan juga kesihatan terjamin.. InsyaAllah .. ok sambung ..
Apabila menyebut tentang senaman , anda tidak perlu berpeluh di gym sepanjang masa . Sebenarnya hanya berjalan perlahan dan beberapa aktiviti lain misalnya berekrasi di pusat membeli belah , menari dan membersihkan karpet dengan mesin hampagas sudah mencukupi ... Hurmm.. tang ni aku rasa kaum hawa pasti setuju lebih lagi tang shopping tu !!! ARghhh.. alasan bertambah kuat untuk mereka selepas ini bagi mengajak para kaum adam untuk g teman diorng ke shopping mall !!! huh..
INFO 3 dan seterusnya ...
MENURUNKAN BERAT BADAN TIDAK SUSAH dan banyak laaagi ...
Haaa.. tu je la aku leh kongsikan ..bukan pe.. kalau aku taip lebih lebih , nanti RAPI saman aku .. TERAPI aku nanti dibuatnya .. haaa... G la beli kat kedai mamak tu haa.. murah je weh.. bagus untuk maklumat ... Baru RM4 je weh... okeh ?
Bantai gelak aku tengok dua dua tajuk cerita ni kat ASTRO tadi .. TIADA ESOK BAGI MU dan ESOK MASIH ADA .. haaa... Cam satu dialog lak .. hahaha...
Tapi dua dua cerita ni tak menarik minat aku nak tonton buat masa skang .. maka aku pon pusing sana sini untuk cari cerita best ... Hadoi.. boring ... Berita pon boring .. Apa punya giler cuti pon takde cerita best ni ???
Haih.. Bukan ke ari tu kata ada AVATAR .. Wahh ..best best.. ada AVATAR jap lagi .. Tekan 411 .. tengok info .. Aik ???? Takde ? Dah tu kata ari tu ada ? Huk aloh..biar betik ni .. Hari Ahad takde cerita best ?? ARghh... eh .. sat... hari ni hari Selasa la .. hadoi... sah.. aku pening ...
Ya Allah.. tergamam jap aku tengok .. Kena toreh ke ni ? Aiseyman.. Tapi.. awat tersenyum je tu ?? Kalau aku ? Mau satu malaysia aku lari kesakitan !!!
Lepas tu baru aku baca entri dia .. Huih... satu per satu gambar aku tengok..
Huih.. biar betik... Jari tercabut ??? Camana nak berblog dah pasni ?? Pengsan sat ...
Barulah aku baca entri dia ... barulah aku faham ... Ok la.. aku nak g makan dulu yer ..
Hehehe... yelaa... aku tau korang nak tau gak kan... hahaha.. Gambar gambar ni aku culik dari blog sahabat blogger , NIDA ... Nida , pinjam sat yer .. hehehe ..
Tapi best entri dia ni.. mmg gerun sat la.. hahahah... g la baca sendiri.. jgn risau.. bukan 18SG punya ... tapi sangatlah cool !
Meh sini .. > NIDA
Tengahari tadi , aku ke rumah adik ipar aku kat Desa Melawati ...Ada kenduri kat situ ... Alhamdulillah .. Satu perkara yang aku respek kat ayah mertua adik aku ni , kalau dia buat jamuan ... mmg sebenarnya dia menjamu dengan makanan yang menyelerakan .. Para tetamu yang datang pula adalah orang kampung dan orang masjid termasuk juga adik beradik yang terdekat .. Bagus la gitu kan ..
Dalam perjalanan balik , aku terbukak la cerita pasal mencari duit sampingan ni .. Cam adik perempuan aku ni ada la dia buat bisnis keluarga .. Kira dah diwarisi dari ayah aku la.. Maka aku nasihatkan dia untuk mengembangkan lagi dengan memikirkan cara di luar kotak pemikiran dia tu .. Hurm.. tapi tu la.. ada je alasan .. Buat belum lagi ..
Sama gak dengan dunia blog ni .. Blogger otai .. blogger baru .. blogger power .. apa saja la namanya .. Sama je .. takde sapa sapa membezakannya kecuali diri sendiri .. Peliknya , kenapa bila ada blogger yang dah agak berpengalaman bercerita dalam blog ni , yang diambilnya negatif ?? Yang positif tu napa tak nak disentuhnya pula ?
Blogger yang dah lama dalam dunia blog ni , ramai yang sudi tolong blogger baru .. tapi blogger yang baru baru ni , kena la rajinkan diri sendiri .. Ingat blogger yang lama lama ni , buat blog terus 'meletop' ke ? Tak tau ke ada yang sengsara dulu ? Ramai weh !!!
Macam ni la .. aku bagitau ... orang kata , jauh perjalanan luas pengalaman .. Gunakan pengalaman hari demi hari sebagai seorang blogger untuk mantapkan lagi ilmu penulisan serta blog tu .. Takde bayi yang baru lahir terus dapat ijazah !
Nak bina rumah pon bermula dari tapak ... Sedikit demi sedikit.. Korek sana sini .. Setiap blog ada tips tersendiri ... Cari la.. bukan tak nak suap .. boleh suap .. nganga je mulut tu.. tapi best ke ?? Apa guna akal tu ? Apa guna 10 batang jari tu ? apa guna mata tu ? Takkan nak guna mulut tu je ??
Fikirkan la... nak buat blog tu mudah.. nak jadi blogger tu , ingat senang ? Aku sendiri pon lom layak digelar blogger ...
Ah, sudah ... mana datang pulak 3 orang kawan aku ni .. Dah la aku tengah tensen mencari ilangnya charger bateri dslr aku ni .. haih... geram tul ... kang aku beli baru ngan kamera kamera baru kang .. baru tau .. haaa.. geram neh..
Malam dah ni .. aisey .. awat la aku dok merayau kat sini ni ... Hurm.. kepala sakit ... ni mesti kes terlebih maggie.. Rasanya 4 hari berturut makan maggie punya kes la ni.. Yeee.. aku tau.. maggie tak elok.. hurmm.. Yelah.. nak makan kat mamak , plan mee goreng .. bila sampai kedai mamak... maggie pulak terpancul dari mulut ku ini .. apa mau buat ?? Telan dan inilah kesannya ..
Sat... BERITA TERKINI :
PERODUA Kancil yang dinaiki seorang lelaki berusia 21 tahun hampir terputus dua selepas melanggar tiang lampu berhampiran susur keluar ke Dengkil dari Cyberjaya. Dalam kejadian jam 7.10 pagi tadi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Foto David Khoo (BHARIAN)
Kembali cerita ... Merayau punya merayau .. ler.. dalam hutan mana pulak aku masuk ni .. ah sudah... nak cari charger sampai dalam hutan ? Tak leh blah langsung ni ... Cepat cepat aku ajak member aku keluar dari hutan ni ....
Dalam kejauhan , aku ternampak sesuatu atas dahan .. Berambut panjang .. ala cam hantu dalam tv tu laa. ala ala maya karin je tu ha.. Aiseyman.. menyampah tul la mimpi aku ni... Dah la.. aku nak jaga.. Terus terjaga .. huhu..boring tul mimpi hantu ni.. Takde awek ke nak masuk dalam mimpi aku nih ? Haih..
ok la.. nak sambung cari charger...
Respek kat diorg .. sapa diorg ni ? Tu , artis artis .. ahli politik .. bagaimana mereka mampu lalui setiap saat dengan kutukan .. hinaan .. caci maki .. Nak gak aku menuntut ilmu dengan diorng ..
Terbaru , ada sahabat kat FB bagitau aku .. ada makhluk asing dari planet mana tah guna gambar aku sebagai gambar profile dia .. Haih... pastu tulis bukan bukan kat wall .. hurm...
Aku dah buat report kat admin FB .. tapi tu la .. Pelik la... dah takde keje lain ke ? Ke dah psiko sangat tu ? Kalau takde keje , g la mencangkul kat belakang rumah ker .. bercucuk tanam.. basuh kereta ke .. tak pon meh rumah aku ..tolong mop rumah.. Aku tak larat ni.. sakit kepala .. overdose makan menda masin kot ..
Mmg la jgn layan .. kalau melampau sangat , aku rasa aku nak report je kat SKMM dan polis ..Jangan lupa .. setiap akaun tu ada id dia .. kena buat akaun email... kat mana email tu dibuat pastinya ada ip... segalanya boleh dijejak semula .. kalau tak takkan la hackers boleh di kesan sekejap jer ..
Entah la.. dalam internet dah tak selamat .. apatah lagi dunia luar ..
LOS ANGELES: FBI mengeluarkan "amaran jenayah siber" untuk patung baru Barbie yang dilengkapi kamera video kecil tersembunyi di bahagian dada, menyatakan mainan itu boleh disalahguna untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak.
Laporan yang dikeluarkan pejabat lapangan FBI Sacramento pada 30 November lalu dengan tajuk "'Gadis Video' Barbie Kemungkinan Satu Kaedah Produksi Pornografi Kanak-kanak" itu memberi amaran kamera patung mainan berkenaan merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun ke komputer.
Amaran itu mendapat liputan media selepas dihantar kepada beberapa oraganisasi berita secara tidak sengaja.
Seorang jurucakap wanita FBI cuba mengawal keadaan dengan menyatakan laporan itu adalah untuk kegunaan penguatkuasa undang-undang.
“Tiada laporan mengenai insiden patung mainan ini digunakan untuk perkara lain selain tujuan asalnya,"
“Sebagai penjelasan, tujuan amaran itu adalah untuk memastikan agensi penguatkuasa sedar bahawa patung mainan itu, sama seperti peralatan dengan keupayaan merakam video, boleh mengandungi bukti dan tidak seharusnya diabaikan ketika sesuatu pemeriksaan," kata jurucakap wanita terbabit yang berpangkalan di Washington, Jenny Shearer, dalam satu kenyataan.
Patung Gadis Video Barbie buatan Mattel Inc dan mula dipasarkan Julai lalu pada harga AS$49.99 itu mengandungi kamera video kecil di bahagian dada yang diselindungi dalam satu loket.
Rakaman kamera video itu boleh ditonton pada layar LCD pada bahagian belakang patung atau dimuat turun ke komputer.
Amaran FBI itu menyatakan tiada tanda-tanda rakam video itu boleh disalurkan terus ke internet. - Reuters
-BHARIAN-
Kuasa Allah ... Subhanallah ..
Peyapu pon tak leh jatuh bila berada dalam kawasan ni .. hehehe.. menakjubkan bukan ?
Nak tau lebih lanjut ..meh sini ..
Entri ke 18 untuk 6/12/2010
Walah.. mmg best ..semua 20 penyertaan mmg kreatif ... Kalau tak baca lagi ... silalah baca kat sini manakala 5 terpilih di sini dah akhirnya .. aku memilih cerita paling kreatif sekali ... iaitu ...
Dengan ceritanya yang bertajuk 2020 ..
Hadiahnya ? Sticky post sampai tengahari esok .. hehehe.. okeh ?
Jutaan terima kasih pada mereka yang sudi memeriahkan segmen ini..
Wah.. semakin ramai mencarikan MAT GEBU jodoh ni ... macam macam rupa ada.. ni yang buat aku jeles nehh... hahahahah... Dah tiba masa settle down ni.. haahaa..
Ok.. mari kita tengok calon calonnya :
hehehe... ada yang berkenan di hati ke MAT ?
Hehehe.. aku kat ALI BISTRO ni .. dok order maggie goreng ayam .. hahaha.. tak tau nak makan apa dah .. Nak makan sup sup.. tadi dah makan sup cendawan dah ... hehe.. sah kena fire ngan wife jap lagi.. tak pe.. janji perut kenyang..
OK .. buat masa ni ada 4 orang dah antar .. saja aku peram agar tak nak ada yang curik idea .. Tapi bila dah ada yang antar .. maka aku keluarkan la ...
Ok .. aku nak 20 penyertaan je.. Sapa cepat dia masuk.. hehehe .. ok ? Berikut mereka yang dah antar ...
Yearghhh... da 4 ... hehe... Mari kita tengok.. apakah yang mereka nak calonkan ..
Lama giler aku tercari cari lagu ni sapa nyanyi.. tau tau tadi kat ASTRO , video klip dia keluar .. huhu .. lega.. mmg best giler ... Aku selalu dengar lagu ni kat intro dvd ceramah DR Mohd Asri Zainul Abidin .. Tercari cari laaa aku pastu .. Setahun gak kot.. hehee.. Alhamdulillah ... hehehe.. Tahun baru lak tu.. heheh
Sedap kan ? huhuhu... Kalau nak download mp3 dia... meh sini haa..
SAMI AL YUSUF MP3 : AL MU' ALLIM download ( link )
Walaahh .. heheh.. segmen ni buat kali pertama mengabungkan dua blogger sekali !! Satu segmen yang mana korang takkan jumpa kat mana mana rancangan dalam dunia ni punya laahh ... hahaha..
Sangat mudah ... Segmen ini bertajuk MENCARI JODOH .. Cari jodoh untuk sapa ??? Heheh.. MENCARI JODOH UNTUK MAT GEBU !!! Hehehe..
Ok.. sangat mudah .. korang kena tau ... dan teka .. berdasarkan blog MAT GEBU ( www.tiffinbiru.blogspot.com ) , apakah citarasa wanita yang menjadi idaman MAT GEBU ( single lagi ni ) ...
Cara nak menyertai segmen ini .. seperti biasa .. buat satu entri ..
- HEADER BLOG BEN ASHAARI
- TAJUK : MENCARI JODOH BUAT MAT GEBU
- Gunakan kreativiti anda dengan membuat satu penyampaian seolah olah korang nak perkenalkan seseorang kepada MAT GEBU ... Tak kira la camana penyampaian korang tu ..
- AWAS ! PENGGUNAAN GAMBAR YANG TIDAK KETAHUAN PEMILIKNYA AMATLAH DILARANG.. Gambar artis sebagai contoh ok jer ..
- Kreatif .. lagi kreatif lagi besar peluang nak menang.. hehe.. hadiah ? ;) .. Cuma jangan mengarut dah la yer ..
- Tinggalkan url entri anda tu kat ruangan komen ..
Tu jeee... Penilai adalah MAT GEBU sendiri ... hehehe ... ehem... apakah korang nampak apa yang aku nampak ??
Sampai kat stesen lrt Cheras tadi , terus aku amik teksi ke rumah mak aku .. Teksi yang aku naik tu dipandu oleh seorang lelaki melayu yang berumur .. Dengan berkopiah serta teksinya yang berbau wangi ,sangat menyenangkan aku .. Hilang penat seketika ..
Sambil belek hp aku.. tngok blog ... komen .. aku pandang ke meter teksi pakcik tu .. hurm... dia tak pasang meter .. Tapi aku yakin dia terlupa nak hidupkan meter tu ..
Bila hampir kat rumah mak aku tu .. aku keluarkan dompet ... sediakan wang secukupnya .. Dia tanya aku .. nak masuk ke dalam ke ? Sudah semestinya sebab hujan ketika tu .. Kalau aku berjalan kaki , sah sah aku demam gak nanti ..
Bila sampai ke depan rumah .. dia tengok meter dia dan terkejut .. hehehe.. Aku sua je duit kat dia .. Dia terkejut.. dia kata aku bagi lebih .. Aku kata mmg tu harga tambang setiap kali aku naik dari stsn ke rumah mak aku .. Dia nak pulangkan tapi aku enggan amik.. Sedekah je la .. Tak banyak pon .. Lagi pon aku selesa dengan teksi dia ..
Ada teksi yang aku naik .. meter macam air .. aircond tak pasang .. bukak tingkap... pastu cerita pasal agama .. politik ... haih .. camana tu ? Bila sampai destinasi , patutnya tambang kena tolak skit sbb tak pasang aircond .. tapi tak pon ... haih.. macam macam...