Help !! Help !! Help !!
Nak kata apa dah kan ? Takde sapa larang .. Negara bebas ..kononnya ..
Help !! Help !! Help !!
Nak kata apa dah kan ? Takde sapa larang .. Negara bebas ..kononnya ..
APAKAH perbezaan harta sepencarian dan nafkah.
Adakah harta sepencarian boleh dikira sebagai nafkah?
HAMIZA
Selangor
MEMANG terdapat perbezaan antara harta sepencarian dan nafkah. Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka.
Jika berlaku perceraian, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan sebagai harta sepencarian dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Harta berkenaan dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.
Manakala nafkah pula merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
Ini termasuk nafkah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan.
Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.
Allah berfirman yang bermaksud: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah ayat 233)
Apabila dicerai, isteri berhak mendapat nafkah untuk masa idah (Surah at-Talaq: 6).
-HMETRO-
SAYA tinggal serumah dengan rakan sekerja yang menjalin hubungan sejenis.
Setiap hujung minggu dia akan tidur di rumah pasangannya.
Saya pernah meminjam komputer riba dia dan apa yang ditemui di dalamnya amat memalukan.
Saya merasakan dia terjebak dengan hubungan songsang berkenaan.
Bagaimanakah caranya saya menolong dia supaya tidak terpengaruh dengan perkara terkutuk itu?
Saya pernah menasihatinya namun dia memarahi saya.
FARHAN
Kuala Lumpur
HUBUNGAN sejenis memang dilarang mana-mana agama termasuk Islam.
Ini kerana ia bukan tabiat semula jadi manusia dan juga binatang.
Itu sebab ia dipanggil sebagai hubungan songsang. Mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian dilaknat oleh Allah dan Rasul kerana melanggar larangan agama.
Contohnya keterlanjuran kaum Luth yang membawa kehancuran mereka.
Bagi menangani isu moral dan akhlak sebegini, Islam megajak kita supaya memikirkan tujuan kita berada di dunia.
Seorang manusia yang diberi akal fikiran hendaklah berfikir buruk baik setiap perbuatannya.
Apabila suatu perbuatan melanggar tata susila agama dan akhlak, dia hendaklah segera dihentikan.
Setiap Muslim hendaklah berusaha mencegah diri sendiri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus dalam lembah maksiat.
Justeru, anda perlu berusaha sedaya mungkin mencegah kemungkaran berkenaan sama ada melalui kuasa, kata-kata atau rasa benci dalam hati.
Mencegah diri daripada terpengaruh dan terbabit dalam perhubungan sejenis lebih mudah daripada cubaan untuk mengubah atau mengubatinya apabila sudah berlaku.
Ini yang berlaku kepada rakan anda yang sudah dinasihati, tetapi menjadi marah kerana sudah jauh tersasar dalam kemaruk nafsu.
Hubungan songsang hanya membawa kehancuran semata-mata. Kita boleh katakan mungkin manusia dapat memaafkan kesalahan sesama sendiri, begitu juga Allah yang sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.
Tetapi undang-undang alam tidak ada belas kasihan. Penyakit akan terjadi apabila manusia melanggar undang-undang alam. Anda mungkin sudah melakukan apa yang terdaya untuk mengubah sahabat sendiri. Tetapi perubahan hendaklah datang dari dirinya sendiri.
Dosa yang dilakukan itu adalah atas pilihan diri sendiri dan bukan atas sebab genetik atau persekitaran lagi. Semuanya boleh diubah apabila ada kemahuan untuk insaf dan bertaubat.
Berubah untuk menjadi baik tidak ada salahnya. Kegilaan menurut hawa nafsu boleh dicegah dengan usaha sendiri dan nasihat kawan-kawan seperti anda.
Teruslah berusaha semoga kawan akan berubah menjadi baik.
-HMETRO-
Hehe.. tu diaaa.... sama harga hantaran gadis Melayu skang ni ... Apakah bakal tergugat wanita Melayu selepas ini ?
Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.
“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.
“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.
Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.
“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.
Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.
Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.
Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.
“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.
“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.
“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.
“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.
Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.
“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.
“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.
“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.
“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.
-HMETRO-
Blog Pilihan Malaysia sekarang menjadi satu fenomena baru bagi blogger baru .. Masing masing ingin meraih undi secara bersih dengan cara mereka tersendiri ..
Bagi membantu mereka secara tidak langsung , aku cuba bantu dengan mewujudkan kempen ini ... Terpulang pada mereka berminat atau tidak untuk menyertai kempen ini..
Bagi yang berminat untuk menyertai , sila rujuk entri ini ..
Blogger yang berminat dan telah buat kempen :
Sapakah pilihan anda ?? Baca dan nilailah sendiri yer ..
TEHERAN: Seorang wanita yang dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana berzina mengaku membantu seorang lelaki membunuh suaminya dan melakonkan semula jenayah itu dalam wawancara yang disiarkan menerusi televisyen, semalam.
Ia kali keempat Sakineh Mohammedi Ashtiani (gambar) muncul di televisyen untuk membuat pengakuan itu ketika Teheran berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa selepas mengumumkan wanita itu akan direjam sampai mati, sumber terbaru pergeseran antara Iran dengan Barat.
Dalam rakaman terbaru yang disiarkan menerusi Press TV, ibu dua anak itu dibawa dari penjara ke rumahnya di pinggir Bandar Tabriz di barat daya Iran dan melakonkan semula pembunuhan yang berlaku pada Disemberi 2005, lengkap dengan seorang lelaki yang melakonkan watak suaminya.
Sakineh, berpakaian hitam dan bertudung cokelat menceritakan bagaimana dia memulakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, Isa Taheri.
Dia kemudian menyuntik suaminya menyebabkannya pengsan sebelum Isa datang dan membunuhnya.
Amnesty International mengecam siaran itu dengan mendakwa ia melanggar standard antarabangsa untuk mendapatkan perbicaraan yang adil selepas Iran memaksa Sakineh mengaku bersalah di televisyen. - Agensi
-HMETRO-
Wah .. aku rasa tiba masa aku pulak membantu blogger blogger yang layak ke pusingan undian BLOG PILIHAN MALAYSIA ..
Aku masuk tadi.. ramai sangat .. tak tau nak pilih sapa .. Maka ini jelah cara aku boleh bantu mereka ... Apa kata korang kempen diblog korang ... hehehe.. caranya begini .. Cam biasa .. buat satu entri khas :
Senarai pemilihan blog ada di sini .. Saja bagi sokongan sbb mereka juga pernah beri sokongan pada aku .. kan kan ? apa salahnya memeriahkan lagi ... kan kan ?
Semoga berjaya .... ;)
Hehehe.. aku terfikir .. sebenarnya dulu dulu aku buat gini gak .. Aku fikir , blogger yang dah tinggi pembaca mesti mempunyai banyak komen kan ? Biasanya kalau mereka komen kat blog tu adalah untuk mendapatkan respon semula dari tuan punya blog kan ? hehehe.. Satu kerugian di situ ..
Hurm.. apa kata selepas ini , cuba curi pembaca dari blog dia .. caranya ialah dengan membalas komen pembaca tu sendiri .. hehehe .. Kalau satu komen .. satu blogger... Untung untung dapat satu follower kan ? Kalau sehari boleh buat beberapa blog , berapa dah kan ? Hehehe..
Hehe... selamat pagi .. Mesti ada yang pelik .. nape aku tak update banyak entri semalam ek ? Hurm.. saja je ... aku nak bagi peluang pada dua entri tu .. nak tengok camana sambutan dia .. apakah ok ke tak ?
Tadi aku g merayau ngan wife .. saja amik angin malam .. Sebelum tu g makan kat Bangi .. Hurm.. pekena bubur nasik ngan sizzling noodle.. hehe.. Boleh tahan gak bubur nasik dia ..
Kemudian , pusing pusing Putrajaya .. Rupanya ada karnival FELDA kat belakang Palace of Justice tu haa.. weh.. mari la turun Putrajaya esok dari takde apa nak buat .. Leh buat review pasal karnival tu .. hehehe.. Aku ? Aku nak g Sg. Buloh esok .. hehe..
Lupa lak.. hehe.. makan kat kedai tu .. aku terlupa nak bayar cendawan goreng .. aku patah balik dan g bayar .. hehehe.. adik cashier tu cam pelik lak .. Yela , dah jauh jalan pastu patah balik untuk bayar .. Huih.. jadi darah daging tu.. ala, apa la sangat harganya .. g je la bayar kan ? Tak baik makan menda haram ..
Ops.. camana mood blogging korang hari ni ? Ok ? Malas ? Down ? Best ? Camana ngan blog pilihan malaysia tu ? Cun tak ? Hehehe.. tak pe.. nanti aku tolong korang eh ..
Sebuah segmen yang juga kempen yang aku nak buat .. hurm.. aku tak tau nak buat camana dah ..tapi dengan cara begini aku harap ada juga insan yang boleh memahami dan mengubah cara hidup mereka selepas ini ..
Aku tak nak berkempen jangan merokok atau hentikan merokok.. Pelbagai alasan akan diberikan mereka dan akhirnya semua akan menuding jari ke pemerintah ..Mereka patut tahu kesannya pada mereka yang tak merokok itu ..
Dadah .. diharamkan .. Zina , diharamkan dalam agama .. dan banyak lagi .. Kenapa masih ada yang buat ? Iniah maksud aku .. Buat macamana pon , pasti mereka akan tetap lakukan .. Tapi sekurangnya dengan segmen ini , harapnya ada yang bertimbang rasa selepas ini ..
Segmen ini mudah saja .. Segmen ini aku buat untuk menyedarkan mereka yang gemar merokok ditempat tempat terbuka terutama restoran restoran .. Aku harap akan ada pihak amik perhatian ... Jangan butakan mata jer ..
Untuk menyertai segmen / kempen ini , sila buat satu entri :
Tu jer ... Jangan lupa tinggalkan url entri anda di ruangan komen ... TERIMA KASIH !
P/S : Harap jangan ada yang tersinggung yer..
Mereka yang dah buat :