Waahh .. aku baru terbaca kat blog sahabat ni .. Ada sahabat blogger yang kita kenali telah diceroboh kerana ditipu dek email yang kononnya dari operator email tu .. menurutnya , Nuff dia pon di cashout .. Hurm.. kalau dia pantas , rasanya boleh selamat sbb Nuff , 3 bulan baru send check tu.. hehehe.. Ada baiknya gak kan ?
Aku rasa , dah tiba masa kita mengemaskini semua password email , blog , akaun bank , laman sosial ( FB, TWITT dll ) dan semua yang penting ...
Gabungkan huruf dan angka untuk mengelakkan dari mudah diceroboh.. Elakkan guna no ic , tarikh lahir , no kereta ... sbb smua tu mudah diingati oleh mereka yang terdekat terutama yang tak sukakan kita ..
Akhir sekali , elakkan akses ke laman web yang penting bila menggunakan komputer yang bukan hak kita .. hehe.. faham kan ?? Bahayaa wooo.. kang korang nangis bila tengok akaun bank korang , SIFAR je .. ;)