Gilakan nama ? Teringin nak jadi artis keee ? Kejar populariti ?? Ahhh.. semua tu salah ... Aku mencabar diri aku ! Disamping aku nak orang tau nama bapak aku ialah ASHAARI ! Aku bangga ada ayah seperti dia ... Seorang ayah yang sanggup berjaga awal pagi hingga larut malam untuk mencari rezeki untuk anak anak dia , sehingga kini ! Dia seorang yang langsung tidak kenal erti penat .. Celik mata , dia terus buat kerja ... Tiada ada erti rehat baginya .. Masa terlalu berharga sehingga sekarang .. Walaupun cuti , tidur adalah satu pembaziran .. Tanah sekangkang kera diusahakan hingga berhasil !
Dia adalah contoh yang aku ikut .. Dia mampu buat dua kerja satu hari .. Dari pagi hingga malam .. Kedai kopi bukan tempatnya .. Rumah adalah syurga bagi dia .. Bekerja tanpa mengira masa .. Yang dia tahu , dia tak nak anak bini dia susah ...
Sebab itulah aku gunakan nama dia yang lengkap .. ASHAARI ...Aku bangga ... Orang akan sebut BEN ASHAARI ... LENGKAP !
Masih aku ingat dulu sewaktu aku sekolah .. Bila cikgu tanya aku nama penuh , maka aku akan sebut hanya nama aku .. Kemudian cikgu akan tanya kembali apakah aku tidak berayah .. Tersentak aku .. Sejak itu ,aku senantiasa gunakan nama penuh aku tu ..
ASHAARI ... satu nama yang cukup memberi kesan pada kehidupan aku .. hurm ... Merajuk ,dipukul .. segalanya kerana sayangnya dia pada aku ..
Setiap pinta ku pasti dia tunaikan walaupun aku tahu dia tidak berduit .. Haih ... Sekarang aku mengerti kesusahan mencari duit walau satu sen pon ... Korang tau bagaimana nak dapat satu sen ? Hehe.. Tengok la nuffnang tu .. nak tunggu seorang klik , untuk dapat berapa sen ? Berapa entri kena buat ?
Maka sebab itulah aku sebarkan ke seluruh dunia blog ... nama BEN ASHAARI !!! Kejar trafik ? Kejar populariti ? Tidak sama sekali .. Aku hanya nak sampaikan satu mesej ... BEN ASHAARI WAS HERE !