CUPERTINO, California: Jam penggera iPhone berfungsi seperti biasa mulai hari ini selepas dua hari mengalami masalah dan menyebabkan ribuan pengguna bangun lewat pada tahun baru.
Jurucakap wanita Apple, Natalie Harrison, berkata Apple sedang mengusahakan penyelesaian kepada masalah itu yang berlaku pada iPhone dengan sistem operasi terbaru Apple iOS 4.0.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut diberikan Apple mengapa masalah itu berlaku.
Laman internet dan blog melaporkan ramai pengguna iPhone lewat ke pejabat, terlepas penerbangan serta kelewatan lain semalam dan kelmarin kerana jam penggera tidak berfungsi. - Agensi