Perghh.... Ada blogger tanya aku .. aku tak cemburu ke ngan jejariruncing sbb dia potong dah follower aku ..
Er... patut ke aku cemburu ?? Aiseyman ... Dunia ni luas ... Syukur alhamdulillah ... Aku tak perlu la nak cemburu dengan dia tau sesiapa pun .. Rezeki dia , maka itu hak dia .. Nape laaa aku nak terasa .. Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ni malah kalau ikut hati aku mau aja aku undur diri dari arena ini ..
Search dan Wings .. dua dua kumpulan rock .. Aku minat dua dua .. Tapi mereka tak pernah nak hitung berapa ramai peminat mereka .. Asalkan setiap kali album keluar , terjual.. setiap kali buat konsert , laris ... ok la kan ?
Macam aku .. asalkan ada orang baca tulisan aku mengenai aku dan persekitaran aku dah la ... Takkan aku nak jual cerita artis atau gossip artis untuk lariskan blog aku ni ? Aku adalah aku .. aku menulis kerana aku minat .. Aku membebel kerana aku perlu ..
Dan paling penting ... aku bukan artis dan bukan selebriti .. Dimana bumi dipijak , aku tetap aku .. Dan mereka tetap kawan aku selagi mana mereka menganggap aku kawan mereka ..