Ah.. lewat ari ni .. segalanya kerana LRT itu ..hanya mampu melihat LRT itu berlalu pergi tadi kerana tidak mahu bersesak .. tak sanggup hari ini untuk bertolak-tolakkan
Hurm.. mengeluh lagi .. Melihat jam di tangan kiri ku , aku redha .. merah ke biru ke putih ke .. dah tak de makna bagi aku sekarang ini .. Aku dah tak tau sebenarnya.. pada siapa aku patut berkhidmat.. Bermatian tapi hasilnya ? Sekadar untuk lepas makan sebulan ? Sedangkan mereka itu ? 10 keturunan belum tentu abis.. Hurm.. seronok hidup begitu kan ? Teringin je aku sertai mereka.. tapi mengenangkan segala dosa yang bakal aku pungut , aku tak sanggup.. Cukuplah dengan dosa yang ada dan bakal ada nanti ..Pastinya amanah itu cukup besar tanggungjawabnya ..
Jejak kaki di dalam bangunan ini .. Di dalam restoran itu .. ku lihat sekumpulan manusia yang amat aku kenali .. Ku lihat jam.. Apa bezanya mereka dengan aku ? Sampai awal tapi menghabiskan pagi mereka di restoran sambil berbual sedangkan waktu kerja dah pon masuk dan aku sampai lewat ..
Entahlah .. kalau boleh , nak je aku hidup seperti George of The Jungle tu .. Senang... makan je pisang .. tegap gak badan kan ? Haha.. sekadar satu drama ciptaan manusia..
Mau atau tidak , inilah kehidupanku dan itulah kehidupan mereka .. Masing masing ada bahu .. di kiri ada malaikat dan kanan ada malaikat.. kedua duanya mencatitkan segala perbuatan dan amalan kita yang akan dihitung di 'sana' nanti ..
Wallahualam ...