Yelah kot.. dah Blog BEN ASHAARI dah hilang magic atau serinya.. Dimana silapnya ? Apakah kekurangannya ? Atau dah banyak blog yang bagus bagus lahir ? Oh .. aku mula pening .. apa yang patut aku lakukan ? Perlukan aku membuat comeback ? Itulah yang kawan kita , diariamzar nampak dan diluahkan dalam entrinya ..
Terima kasih sahabat.. anda prihatin .. hehehe ... Tapi jangan risau .. Yang anda nampak tu adalah jumlah PAGEVIEWS terkumpul selama sebulan ... 300,000 lebih dan sentiasa bergerak naik .. Perhatikan jumlah ribu dan puluh ribu.. tu yang membezakan setiap hari..
Untuk pengetahuan Amzar , setakat ni , alhamdulillah sambutan masih memberansangkan .. Kalau kurang sekali pon , tidaklah saya pening kepala kerana kita berada di awal tahun .. dan ini bermakna banyak blog yang bagus telah lahir.. Bukankah itu satu perkembangan yang elok ?
Bab entri .. aku mmg sibuk padal awal tahun.. susah nak beri 100% komitmen .. lepas kerja baru sempat nak update cerita yang best best .. ni sbb aku dah keluar opis .. jadi permandangan aku lebih luas.. kat opis , kena tumpu pada kerja .. tu keutamaan ..
Lagi pon ... aku bukanlah blogger yang popular atau famous .. Belum sampai tahap tu lagi.. masih jauh perjalanan blog ni .. kan ? Jadi takde apa aku nak kejar dah sekarang .. biarlah dia bergerak kedepan.. secara perlahan lahan .. Aku bukan nak berblog sehari dua .. selagi nyawa dikandung badan.. selagi jari ini mengenal setiap huruf di papan kekunci selagi itu aku akan terus mencipta bintang aku sendiri ...
Hilang serikah ? Hehe.. insyaAllah... walaupun aku tak balas komen .. mereka masih sudi membaca blog picisan ini.. Terima kasih kawan kawan semua .. Anda semua mmg prihatin !