Tadi , bertempat di Times Square , Kuala Lumpur ... sekali lagi aku menghadiri gathering yang dianjurkan oleh blogger blogger yang bakal bergelar guru dan juga telah digelar guru..
Menarik dan best ! Peluang itu aku amik untuk meluahkan perasaan aku terhadap mereka memandangkan mereka belum bergelar guru .. Aku secara jujur menceritakan apa perasaan aku terhadap guru guru masa sekarang ..
Guru adalah satu kerjaya yang mulia .. Paling mudah mendapat pahala dan juga dosa .. Aku nasihatkan mereka mengikut pengalaman aku sewaktu mengajar dulu.. Walaupun hanya beberapa tahun aku mengajar tetapi pergaulan aku bersama mereka sewaktu kelas dan juga selepas kelas banyak memberitahu aku tentang kerjaya ini ..
Aku mahukan mereka menjadi guru terbaik .. Bukan saja seorang guru tetapi pendidik yang berjaya melahirkan insan yang cemerlang untuk negara ini .. Sbb tu aku 'membebel' kat mereka.. Tak pe , biar hari ni diorg terasa dengan aku ... Aku tak nak mereka 'terasa' satu hari nanti bila dah menjawat jawatan tersebut..
Aku nampak mereka bakal menjadi guru yang benar benar ikhlas dan jujur malah bakal menjadi guru yang menarik .. Bertuah anak murid mereka nanti ..
Disamping itu , aku juga tinggalkan beberapa nasihat ... hehe.. ada la.. diorng je tau ...
Buat mereka .. nama pun aku lupa nak copy tadi.. tak pe.. nanti aku cari balik ... Jika terasa dengan kata kata aku , aku mintak maaf.. aku meluahkan agar mereka menjadi guru yang sebenar benar guru.. Bukan hanya untuk mengiisi ruang jawatan GURU pada borang pinjaman rumah atau mana mana je.. Faham tak ? :)
Kita g gym nanti eh.. hehehe... Diorg dekat je ngan rumah aku.. So leh lepak kat gym nanti... Grr...