Mak aih... sampai gitu sekali ?? Aku tak layak sebenarnya terima segala penghargaan ni.. Bagi aku , ini semua adalah hasil usaha mereka sendiri selama bergelar blogger ..
Sapa la aku kan ? Sekadar blogger biasa jer... Tak la sampai naikkan beribu ribu blogger atau sampai jadi anak emas mana mana syarikat kan ..
Apa yang aku cuba buat , ialah tunjukkan jalan je.. sapa rajin , maka dialah dapat ... Tak perlu nak maki hamun.. Sepak terajang untuk berjaya dalam bidang yang terlalu luas ini ...
Yang penting , usaha dan ada kemahuan .. Semangat juang pon perlu ada .. Jangan peningkan kepala bila mereka menjerit mengatakan BLOG KITA INI SAMPAH ! .. Sekurangnya kita cuba menghasilkan sesuatu untuk kita dan juga rakan rakan dari mereka yang menjerit itu , tapi tidak berguna langsung kepada negara !
Disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat mereka-mereka yang sudi menghabiskan tenaga menaip entri penghargaan buat aku .. Namun , aku tetap mengatakan bahawa aku masih tidak lagi layak untuk menerima penghargaan tersebut ..
Vlog khas yang ditujukan kepada aku , dan aku terharu ... klik sini
Dan entri khas dari blogger .. klik sini