" Blog dia takde info... blog orang tu tak cantik.. blog orang ni mengarut ... Maka tidaklah layak untuk dia maju selangkah ke hadapan ... " Bolehkah kita berpegang pada pendirian sebegitu rupa ?
Aku... pernah jatuh dan kembali bangun .. Aku berpandangan ketika itu , aku ini sampah di mata mereka .. Tapi aku terlupa , aku punya bakat .. Bakat aku ini aku tak gunakan langsung .. Kenapa ? Sbb aku hanya gunakan apa yang aku diajar dulu.. Maka jika mencari pekerjaan , aku gunakan sekeping kertas itu ..
Sejak itu aku berpegang pada pendirian aku.. Jika aku rasakan aku mampu melakukannya maka tiada apa yang mampu menyekat kehendak aku !
Aku berblog .. mereka ketawa .. Ada apa pada blog ? Aku buktikan .. Aku bershopping dengan duit blog.. Duit gaji aku simpan untuk renovate rumah aku nanti .. Kalau takde blog ? dari mana aku nak bershopping ?
Apakah mereka ketawa selepas itu ? Tak.. mereka tanya aku .. bagaimana aku melakukannya .. Aku jawab satu je .. ALLAH beri aku peluang untuk aku majukan diri aku sendiri dengan akal dan fikiran ..
Aku bermula dari 0 .. blog yang mengarut .. Tunjuk ajar dari rakan pembaca dan blogger , mengubah aku sedikit demi sedikit .. hinggalah sekarang ni.. Masih lagi 1 dari 10 ! Terlalu jauh tapi syukur , mereka dah mengenali aku ..
Apa guna blog yang berinfo tinggi tapi tiada enjin untuk bergerak ??? Sediakan enjin kemudian test drive .. Cantik ? Baru letak muatan ! Baru tau kekuatan gabungan pemandu dan kereta tersebut ...