Ada seperkara yang teringin aku nak biacarakan tentang musibah di Jepun tapi aku rasa baik aku pendamkan jer.. Nanti jadi isu lak .. Bab ni kena hati hati.. tak boleh berlagak sebagai 'jurucakap' Allah (link) ..
Tapi bila difikirkan, Jepun dah terlalu maju dari segi ekonomi , teknologi dah juga cara hidup .. Walaupun aku tak pernah sampai sana lagi tapi seperti yang sering lihat dikaca television mahupun media elektronik , ianya mampu membuatkan kita mengeleng kepala..
Ya , bukan semua .. sama seperti dinegara kita .. Ada juga melayu dan beragama Islam dah terlalu jauh tersasar dari cara hidup sebenar ! Lelaki sama lelaki .. perempuan sama perempuan.. Tanpa segan silu.. Tanpa rasa malu ... Kembali ke zaman jahilliyah ..
Kita patut bersyukur kerana di negara kita masih ada mereka yang benar benar bersujud kepada Allah dan mendoakan kesejahteraan negara ini ! Jika mereka ini tiada , kita yang leka dan lalai ini bagaimana ? Sampai bila ? Apakah nak tunggu sekali lagi tsunami melanda ?
Semoga Allah pelihara negara Malaysia .. Jauhkan dari segala bala bencana .. Dan berilah hidayah kepada kami semua .. Cukup cukuplah kita semua tersasar ... sudah tiba kita kembali ke jalan yang sebenar...