Seperti kata seorang blogger " lelaki x lyn childish game cenggini! hahaha...padahal x sempat nak join...sob3 " .. Mmg benar aku katanya tu .. walaupun komen tu sekadar bergurau tapi itulah kenyataannya ..
Jika aku lelaki pon mungkin aku akan berfikir begitu .. tapi jika aku fikir sedalam dalamnya , segmen begini ada banyak kebaikkannya lebih lagi jika aku baru buat blog ..
Tak ramai lelaki berminat nak join segmen aku sbb mmg nampak nampak kebudak-budakan dan aku tak kisah pon sebenarnya .. Segmen aku ni terbuka.. nak atau tidak , tiada paksaan ..
Aku mmg suka buat segmen ala ala kebudakan sbb nak relaks dan santai .. Namum begitu aku terapkan sedikit sebanyak pengajaran dan juga maklumat yang aku tahu dan juga dari blogger lain dalam setiap segmen aku tu..
Whoopss .. aku bukan merajuk okeh ! Ni bukan kali pertama aku bersegmen.. Aku dah bersegmen sejak dari FACEBOOK lagi.. maunya dekat 2-3 tahun dah kot ? Dan dalam blog dah masuk setahun lebih ..
Tujuan sebenar bersegmen adalah untuk promosi blog .. Blogger yang join , akan cuba beri pendapat dan aku cuba perkenalkan mereka di kalangan pembaca blog aku .. Tu jer .. Sambil berhibur sambil mempromosi .. :)
Apa saja komen , aku terima dengan hati terbuka.. Selagi bukan keji atau mengutuk , aku okeh jer .. :) .. Yang penting tiada hati yang tercalar atau terluka ... kan kan ?