Bila ada rakan aku baca blog aku , mereka tersenyum.. aku mengerti sangat senyuman tu .. Kalau kau kata cerita macam ni dah boleh mendatangkan pulangan yang besar pada kau , aku pon boleh buat .. Seolah olah begitulah suara hatinya ..
Aku tak nafikan , ramai berfikiran begitu .. Malah aku sendiri pon dulu begitu … Bukannya susah nak buat blog.. Buat pastu promote.. sah ramai masuk baca..
Oh , kalaulah semudah itu pembikinan dan penjanaan pendapatan pada blog , sekarang jugak aku berenti kerja ..Tak perlulah aku bangun seawal pagi untuk bersiap pergi kerja kan ? Kerja je dari rumah ..
Apakah semudah itu ? Korang yang baru buat blog.. apa pendapat korang ? Semudah itukah buat blog ? Samakah buat blog macam buka akaun FACEBOOK ? Kita add je orang kasi ramai kawan kawan dalam senarai rakan rakan FB tu ? Samakah di blog ?
Hurmm… aku rasa , ramai geleng kepala tu.. bagi yang benar benar berblog , untuk mencari pembaca bukanlah satu perkara yg mudah .. nak mencari satu hal… nak tackle satu hal… nak kekalkan pon satu hal.. tu tak masuk lagi bab kena kritik ! Haa.. kalau hati kering pon belum tentu mampu bertahan .. takat hati kering tapi tiada perubahan atau perbezaan dengan blog lain , takkan meningkatkan kualiti pada blog tersebut.. hurm..
Aku senang je cakap .. Kalau senang , buatlah ? Aku nak gak tengok kawan aku ni popular … :)