Salam .. selamat pagi ... Sihat ? Hehe... aku ok jer.. terima kasih kerana sudi bertanya walaupun tak berniat nak bertanya .. ahaks.. guwau jer ..
Hurm... pagi yang aman .. hujan malam tadi eh.. Tu ar.. berat betul nak bangun pagi ni .. memikirkan aku nak masukkan bahan menarik pagi ni , maka aku paksa diri aku keluar dari rumah aku tu haa.. TERPAKSA okeh !
Apa cerita ? Aku nak g Tanjung Malim jap lagi ... Salah seorang rakan kat pejabat , punya dusun buah buahan kat situ.. dia ajak semua turun g abiskan segala buah yang ada .. Tapi nampaknya tak sekadar makan buah je la.. yang kaum hawa ni dah pakat nak berpiknik memandangkan ada sungai yang jernih mengalir kat situ ..
Sebab itulah aku nak pergi ... hehehe.. aku suka masukkan bahan bahan macam tu dalam blog aku.. Takde la nak bercerita perkara yang sama je kan .. Tapi kena hati hati gak aku ni ... tak leh la nak bergembira sangat ... huhu ..
Masih mengantuk.. lupa lak.. ni nak g pon kena tumpang orang.. kereta wife bawak lak.. dia ada kursus kat Shah Alam.. huh... Beginilah nasib kuuuu .. ikut hati , nak je sambung tidur.. tapi blog punya hal ... aku korbankan tidur ku itu .. huk huk huk ..