Alhamdulillah ..selesai keje aku kat gym.. Aku malas benar update entri ari ni tapi bila dah mula .. habis la..tak reti diam dah ..
Berani kerana benar ? Kebelakangan ini aku lihat ramai benar nak berdakwah dalam blog .. Alhamdulillah .. satu perkembangan yang baik... cuma yang kurang enak ialah , cara !
Berdakwah tu satu perkara yang baik.. Berdakwah kerana Allah.. satu kerja yang mulia .. Cuma yang tak betulnya cara .. cara yang digunakan sesama saudara seagama.. Bolehkah kita nak memperbetulkan seseorang itu dengan kritikan pedas ? Caci maki ? Kutuk mengutuk ? Cuba selak semua sejarah nabi dulu .. bagaimana nabi berdakwah .. ingat semudah itu ? Kalau main caci maki atau kritikan sampai tersentap , aku rasa tak kena gaya...
Kita di zaman sekarang ni , semua dah bijaksana.. Ada akal dan ada ilmu.. gunakanlah akal kita untuk berdakwah .. Reverse psikologi .. Ari tu ada sahabat blogger bagi aku blog dakwah ni .. cara dia mmg membuatkan pembaca terkejut ... tapi bila dia baca betul betul , apakah sebenarnya yang nak disampaikan ? cuba baca nanti kat SINI..
Bagi aku bagus nak berdakwah .. tapi ingat , lagi bagus berdakwah guna akal .. biar hati saudara kita tu tersentuh dari tersentap ! Bila dia tersentuh maka dia akan berfikir.. tu yang lebih baik .. Kalau tersentap , rasa rasanya dia fikir ? aku rasa lagi dia keras hati ada la ...
Dan ... yang nak berdakwah tu aku rasa , kena perhatikan semua ayat ayat tu ... lebih baik bagi contoh dari mana mana dalil dari dok main sedap jari menaip ...
Fikir fikirkan la eh ... yang membaca ni semua ada akal... bukan bayi baru menyusu ..