Ada yang tanya aku , kenapa tak nak tukar ke WP ? atau hosting je kat mana mana server ? Gulp.. aku tak mampu.. duit blog aku cukup cukup je bayar duit kereta , rumah , makan minum , belanja main bowling , beli gadget , belanja kawan kawan makan dan baki tu simpan untuk tukar kereta baru.. OK ? Boleh tak ? hhahaha.. rileks la wehh.. ternganga awat ? Aku bukan blogger rm1juta okeh !! hahaha.. haih.. asal cakap pasal duit je mesti ternganga.. Mudah benar kita ni terpikat dengan duit .. Tolonglah.. jangan ajar sangat diri kita bahawa duit adalah segalanya ..
Ok .. kenapa aku setia dengan blogspot ? BROFRAMESTONE ada cerita kenapa pengguna blogspot patut berpindah .. hehehe.. alasan dia mmg munasabah .. Tapi kenapa aku tak nak tukar ?
Ini alasan aku ... Majoriti blogger baru adalah dari blogspot... Bila mereka melihat blogger blogger yang guna wp , mereka akan kata itu blogger otai dan mereka tidak setanding dengannya .. Dan blogger blogspot ini tidak mampu pergi lebih jauh ... maksud aku agar sukar untuk berjaya .. Inilah yang ada dalam kebanyakkan kepala blogger baru ..
Mat Gebu .. aku dan ramai lagi .. Fatin Liyana .. Epal .. malah Hanis Zalikha sendiri pon masih guna blogspot... Tetap jugak dikenali pembaca lama dan baru bukan ? Tiada masalah kan ?
Kalau blog kena delete.. masalah ke ??? Serius .. aku tak risau bab tu .. sbb blog aku cuma nukilan aku sendiri .. Kalau kena delete , aku buat baru atas nama BENASHAARI.COM gak.. yang penting adalah nama tu .. BENASHAARI.COM ... takat entri tu , aku boleh buat baru jer.. apa susahnya ? Sekadar tulisan ..
Kenangan ? Tak pe la.. aku mmg jenis sentimental tapi kalau itu bukan rezeki aku , aku terima jer ... Kalau hosting kat mana mana pon ,takkan tak leh kena hack kan ? Maklumlah , dunia siber ni makin lama makin ramai hackers .. masing masing nak cuba ilmu mereka..
Jadi , blogspot atau bukan , itu bukanlah masalah sebenar .. Masalah sebenar ialah kemampuan blogger tu sendiri .. Jika dia bagus , campak la kat mana mana sekali pon , dia tetap bagus ..
Contoh terakhir .. kita amik pemain bolasepak profesional.. Jika benar dia tu berbakat , dengan mana mana pasukan pon dia akan menyerlah .. kan ?