Kenapa kebanyakkan blogger lama galakkan blogger baru berusaha sendiri untuk naik ? Majoriti mereka takkan senang senang nak up blogger baru .. Nak rekemen ke.. nak promosi ke.. takde makna ok !
Mereka berniat nak beri pengalaman kepada blogger .. Bukan semudah itu untuk berjaya.. bukan semudah itu untuk punya nama.. Dan bukan semudah itu untuk berkarya ..
Bila bermula dari bawah , maka pelbagai pengalaman akan kita dapat .. sedikit demi sedikit melangkah.. terjatuh , kita bangkit kembali.. tersungkur , kita bangun kembali .. tergelincir , kita berdiri dengan gagah dan melangkah dengan hati hati ..
Bila kita buka mata dengan segala pengalaman itu , insyaAllah ... kita akan jadi seorang blogger yang benar benar 'berguna' pada pembaca dan juga blogger blogger baru yang berada di belakang kita ..
Apa guna naik tanpa sebarang keperitan ? Bila ditanya oleh pembaca , apakah kepahitan yang pernah kita hadapi semasa berblog , maka jawapan kita .. " erk.. takde " atau " kena kritik dengan anon kata blog tak best " .. Tu je ???? Apakah itu pengalaman yang kita nak ceritakan pada rakan pembaca sedangkan kata blog kita tu dah lebih 100,000 pengunjung ?
Aku tak kata la kalau dah punya keperitan berblog itu baru seronok ..tapi itulah yang membina kekuatan pada semangat juang kita sebagai seorang blogger .. Semangat tu boleh kita gunakan dalam kehidupan harian kita jugak ...
Nak berjaya dalam dunia blog , amat mudah .. Ada duit ? Iklankan je.. sekejap je berjaya .. sekejap je ramai kenal .. Tapi puashatikah ? Apakah kenangan manis dan pahit sebagai blogger ? Tarak !!
*UPDATE GATHERING ALAMANDA ... TIADA BOWLING ESOK.. RUJUK ENTRI INI