Saja nak bagi satu mamat tu jeles.. hahaha ... gambar ni malas nak edit lagi .. hahaha.. masukkan jeee.. Gambar ni candid jer .. ehehe..
Shooting baru bermula .. ada 3 sesi .. satu untuk Beautifulnara .. lagi 2 ?? Ehem..
Saja nak bagi satu mamat tu jeles.. hahaha ... gambar ni malas nak edit lagi .. hahaha.. masukkan jeee.. Gambar ni candid jer .. ehehe..
Shooting baru bermula .. ada 3 sesi .. satu untuk Beautifulnara .. lagi 2 ?? Ehem..
Satu penghormatan untuk aku sebenarnya .. Terharu dan tak terkata apa .. Terima kasih buat ADZA IRDAWATI kerana sudi menjadikan nama aku di dlm salah satu watak drama dia akan datang .. Hero ? Hehehe.. kot .. haahha ..
Sebuah drama yang mana haa.. tamo la cerita.. tu nanti laa.. dia tengah buat skrip tu.. Puan Adza juga dah buat banyak skrip drama dan terbaru , AKU DIA dan DIA yang ditayangkan di TV2 hari tu... Katanya lagu latar drama tu pon dia sendiri yang nyanyikan .. Pergh.. serba boleh ..
Setau aku , rakan blogger kita ni sangat aktif.. termasuk juga suaminya yang mana kalau tak silap aku , presiden kelab Backpackers Malaysia .. weewittt.. suka suka suka.. aku suka aktitviti begini tapi sayangnya .. huhu.. wife kurang suka.. hahaha.. aku spesis sukakan adventure ..
Apa pon .. kita tunggu je skrip tu siap ... Apakah nama aku BEN ASHAARI atau sekadar BEN saja yang akan disebut ?? Kalau BEN ASHAARI , aku pengsan !!!
Aku terima mail dan juga pertanyaan di Facebook berkenaan Google akan tamatkan akaun mana mana pengguna blogspot yang menggunakan email Yahoo untuk log in ke blog mereka ..
Persoalannya , apakah ini satu khabar angin yang sekali lagi mengarut seperti FACEBOOK akan ditutup baru baru ini atau ianya benar belaka ?
Yup.. aku cuba cari sebarang maklumat rasmi dari GOOGLE atau BLOGSPOT sendiri namun , tiada apa apa ... Gamaknya yang menyebarkan berita ini sepatutnya membuat backlink ke punca maklumat tersebut agar tidak mengelirukan orang ramai terutamanya pengguna blogspot..
Apakah ini satu propaganda untuk membuatkan pengguna blogspot menggunakan hosting sendiri ? Hehehe.. Apa pun , tunggu je la eh.. Jangan pening kepala.. kalau dia terminate , berapa ramai pengguna dia akan hilang kan ? Sapa rugi eh ?
Aku ? Aku mmg lama dah guna akaun gmail untuk log in ... senang skit ...
Alhamdulillah.. setelah berhari hari aku tak cukup tidur , akhirnya ni barulah dapat tidur yang cukup nyenyak tanpa mengingau .. haahha..
Aku tak keje ari ni sbb jap lagi ada shooting dengan Heliza untuk vlog dia dan segmen sembang sembang aku tu ..Jadi aku kena nampak fresh skit .. Tamo la muka toya je nanti.. hahaha ..
Kenapa ngingau ? Mesti ada sesuatu perkara dalam kepala tu yang tak settle settle lagi .. Masih aku ingat , bab tumbuk dinding tu.. Pergh.. tu sbb aku tidur dengan penuh dendam membara ..
Aku pernah bengang ngan satu budak ni .. Kes bola la.. tak settle dalam padang ..terbawak bawak sampai ke luar.. Asal terserempak je mesti nak bertumbuk .. Pergh.. budak budak masa tu la ... Sampai ke dalam mimpi la aku bertumbuk ngan dia.. Sepak terajang semua keluar .. Aku menang la dalam mimpi dulu.. tapi tangan ngan kaki aku bengkak.. Dinding menang TKO .. hahahah ..bengong..
Tu la.. Sepatutnya kita sebelum tidur , kena maafkan semua orang ... baru dapat tidur yang nyenyak dan aman ... Syaitan suka je ganggu kita yang tidur dengan hati yang penuh dengan dendam kesumat .. Astagfirullah al'azim ..
Aku tak teringat cerita ni langsung tapi tadi dalam kereta , wife bukak kembali cerita ni .. Adeh.. dia punya gelak tak hengat punya .. Aku ? Aku wat bodoh jer ..
Dia kata malam pertama , diserikan lagi dengan satu kejadian di luar jangkaan . hehehe.. nak tau ke ? Ala.. tak yah la.. segan .. hahaha .. poyos je ..
Jangan dok membayangkan yang bukan bukan arrrr... Korang tau la nanti bila kawin ... terutama lelaki laa.. penat wooo .. maka lenalah aku ...
Tiba-tiba wife pukul aku .. Terkejut aku .. aku tanya la kenapa .. Dia jawab pasal apa aku 'smackdown' dia ??? Hahaha.. smackdown tu macam menyiku laa... kena kat rusuk dia lak tu.. dia kata aku siap bangun cam ala ala wrestling tu haaa.. hahaaa.. adoiii ..
Aku pelik betul laa.. pasal apa leh mimpi kejam sejak kawin .. hahaha.. tak sebenarnya .. Aku pernah gak mimpi gaduh.. kesannya.. aku tumbuk dinding.. hahahha.. sedar sedar bengkak tangan.. arghhh...
Salam .. selamat pagi ..
Sekali lagi .. sekali lagi !!! sekali lagi !! Sekali lagi aku digelakkan !! Grrr... Apa kes ???? Kes aku tak jadi beli kereta ... Grrr... Wife aku kata , malam tadi sedang dua dua lena diulit mimpi tiba-tiba wife aku kata aku cuit dia ....
Dia terkejut ... Dia tanya kenapa .. Dia kata aku jawab dengan mata tertutup dan itu bermakna aku sedang mengingau !!! hahahaha... Dia boleh bantai borak ngan aku dalam aku ngigau tu.. perghhh...
Tu yang dia tanya aku .. Aku sambil mengayakan ala ala sedang memandu kereta... " Tak payah la beli kereta " .... Dia tanya lagi.. aku pon ulang lagi kata kata aku tu haa.. Dan dia bantai ketawa berdekah dekah tapi aku tak sedar apa apa ..
Huih.. nasib baik dia tak tanya soalan soalan maut .. Kalau tak ??
Hampir 9 ribu blogger setelah setahun 7 bulan ianya beroperasi .. Pada mulanya mmg aku bercadang nak tukarkan ke KELAB BLOGGER saja .. Waktu tu dah lebih 3 ribu rasa aku .. Sebelum tu aku bergerak seorang untuk promote kelab ini ..
Bila dah ramai , maka ada yang cadangkan aku tukar nama kelab ini .. Erk .. Atas sebab apakah aku perlu tukar ? Sebab tak nak nampak ada BEN ASHAARI kat situ ?
Tujuan aku buat kelab ni adalah untuk promosi blog aku pada mulanya .. Kemudian bila aku promote kelab ini dari satu akaun atau di blog ... mintak rakan rakan invite rakan rakan lain , tapi yang benar benar buat , berapa kerat je ..
Nak tak nak .. aku bergerak la seorang diri.. cuma aku perasan ada beberapa blogger yang letak logo KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ini dan aku amat amat terharu atas kesudian mereka tu ..
Kalau aku tukar nama .. Maka akan adalah mintak nak jadi admin .. Akan timbul masalah kat sini nanti.. Bab nak berkuasa , ramai je nak.. Tapi bila bab promosi ???
Jadi , mau atau tidak KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ini akan kekal begini sehinggalah aku mati atau FACEBOOK bankrupt !
Sejak kecik lagi , aku gemar memimpin.. tapi aku tak nak jadi ketua.. aku lebih suka beri pendapat dari duduk diam .. Kalau takde kene mengena dengan aku , barulah aku diam .. hehehe ..
Apa yang aku mahukan sebenarnya dari dunia blog ini ? Ok.. terus terang aku katakan , dunia internet ini adalah lombong emas .. Terlalu banyak kawasan yang belum dikorek lagi.. dan takkan habis selagi wujudnya internet dan pengguna ... Keutamaan aku ialah keluarga aku .. Pendapatan sampingan yang boleh aku dapat dari dunia internet ini , aku sangat sangat bersyukur.. Yelah , dari aku menghabiskan masa tengok tv , blogging menjana pendapatan aku gak kan ?
Kedua .. Popular ? Aku tak nak popular ! Apa yang aku nak ialah penyatuan semua blogger blogger yang ada dalam atau luar malaysia ni.. Satu perkara yang mustahil tapi tak semestinya kita tak boleh satukan sekurang kurangnya suku kan ? Suku tu pon dah cukup besar dah ..
Itulah yang aku cuba buat dari dulu .. BERSATU .. namun ianya tetap sukar sekali kerana ada je alien cuba merosakkannya. .Nak kata apa dah kan .. syaitan mmg tak boleh tengok anak cucu adam ni bersatu ..
Aku cukup gembira bila melihat blogger yang baru berkenalan , kemudian boleh bergelak ketawa seolah olah dah kenal bertahun lamanya .. itulah yang aku dapat lihat tiap kali adanya gathering yang mana aku anjurkan sendiri .. Simple tapi tercapai matlamat .. Tiada yang terasa hati.. tiada yang makan hati..
Popular , femes ... itu bukan matlamat aku berblogging.. Aku tua dah ... Popular dan femes belum tentu boleh jamin aku selamat dari seksaan kubur ...tapi sebenarnya aku boleh gunakannya saham akhirat aku .. insyaAllah ..