MAAF .. Semangat aku seperti yo-yo.. kejap atas kejap bawah .. kejap ok.. kejap tak .. segalanya bergantung pada faktor sekeliling dan juga kekuatan mental aku ..
Aku diajar dari dulu , jangan mudah mengalah .. jangan mudah putus asa .. berjuang sehingga wisel penamat ! Jika itulah yang ditakdirkan setelah wisel berbunyi , ya .. aku terima dengan hati yang terbuka ..
Sebab itulah , aku sekarang berada di depan dan ingin terus berada di depan walaupun ada yang cuma mematahkan perjalananku ini .. namun MAAF ! AKU takkan berhenti dan berpaling ke belakang !
OVER ? POYO ? Katakan apa saja .. sekurangnya aku dah buktikan di sini ... aku berada di tempat yang mana aku nak berkat usaha aku serta sokongan rakan rakan .. jika aku bergerak hanya menggukan sebelah kaki dan sebelah kaki lagi cuma mengesot , aku akan gunakan tangan aku sehingga aku mencapai matlamat aku ..
Jangan mudah mengalah ! Jangan mudah putus asa.. Apa beza aku dengan mereka ? Mereka berusaha sedangkan aku hanya berserah pada takdir ?? Oh tidak .. jika mereka boleh , aku pon boleh ..
Strategi memainkan peranan penting .. Walaupun REAL MADRID ada ramai bintang , walaupun MANCHESTER UNITED juara liga , strategi menyebabkan BARCELONA JUARA SEGALA JUARA !
FAHAM ? BUKAN CARA KU .. JIKA ALLAH MENGKEHENDAKI AKU TEWAS SESUNGGUHNYA AKU REDHA KERANA DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG AKU TIDAK TAU .. itu baru aku terima ... tetapi sebelum berjuang , aku dah angkat bendera , Allah tidak sukakan hambaNYA mudah patah semangat ! Bukan ciri ciri ISLAM yang sebenar ...
Walaupun ini sekadar contest tapi ini juga menunjukkan USAHA TANGGA KEJAYAAN .. kecil tapi besar .. besar walaupun kecil ! Kejayaan aku bukan milik aku ...tapi milik rakan rakan aku yang menyokong dari mula hingga ke penamat .. Kalah atau menang bukan segalanya tapi yang penting SEMANGAT dan SOKONGAN ..
Ini yang aku terapkan dalam dunia blogging dan kehidupan semasa aku... Biar miskin dan hina tapi jangan sampai mengemis ! Jangan sampai meminta ! Aku berblog dengan menggunakan kreativiti dan semangat .. Ramai mengutuk dan ramai menghargainya .. Perlu aku amik berat pada mereka yang mengutuk ? Lagi mereka kutuk , lagi kuat aku buat ! Sampai mereka bosan , aku senyum sendirian ..
Pergh.. Adun piliharanraya akan datang neh !!