Daudsu .. siap ada page KAMI SUKA DAUDSU JARINGKAN GOL SENDIRI .. tak tau la makhluk asing manakah yg buat page tu dan tujuan dia ...
Apakah dia berterima kasih ? Atau dia perli pada Daudsu kerana 'menjaringkan' gol sendiri ? Bagi aku yang sememangnya kaki bola dulu ... dalam keadaan dia tu mmg amat sukar sekali untuk mengeluarkan bola .. lebih lebih lagi dengan ada pemain Terengganu di sebelah dia.. Kalau dia lepaskan bola tu , sah sah pemain ganu cipta nama .. Nak tanduk ke atas ? Mmg amat sukar ..
Terima jelah kenyataan .. pemain profesional luar negara sendiri pon ramai melakukan kesilapan bila di depan gol .. Jangan bersikap demikian .. Matang dan terima kenyataan .. Jika mau berterima kasih , buatlah pagi TAHNIAH TERENGGANU ke.. atau yang seangkatan dengannya ..
Tapi dengan melibatkan individu sedemikan rupa , itu sudah menjatuhkan semangat juang dia selepas ini ... Bertungkus lumus dia di dalam padang mempertahankan tiang gol tu selama ini tapi dengan kesilapan yang dia sendiri tidak mau lakukan itu ,segalanya dilupakan terus !
Tu la sikap sesetengah rakyat Malaysia ni ... tak boleh terima kenyataan .. Sekadar sukan .. Takde tahun ni , taun depan ada lagi.. Kalau takde tahun depan , tunggu tiap tahun.. Malas tunggu ? Beli sendiri PIALA.. Letak dalam rumah .. Tulis kat situ PIALA FA .. senang cita !